Abstract:
Kajian ini adalah bertujuan mengkaji tentang „aqīdah yang masih dipercayai oleh masyarakat Orang Asli di Pulau Indah Selangor. Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia merupakan masyarakat peribumi minoriti negara ini yang majoritinya masih mengamalkan cara hidup tradisional. Pendedahan berkaitan masyarakat Orang Asli masih kurang diketengahkan. Justeru itu, kajian berkaitan Orang Asli perlu dijalankan terutamanya di Pulau Indah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti „aqīdah dan kepercayaan Orang Asli amnya di dalam Malaysia dan luar negara serta secara khususnya Orang Asli di Pulau Indah. Kajian ini juga mengkaji „aqīdah Orang Asli berdasarkan al-quran dan al-Sunnah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menggabungkan kaedah pengumpulan maklumat melalui sumber perpustakaan dan temu bual. Sesi temu bual dan pemerhatian dilaksanakan dengan bantuan pihak Non-Governmental Organizations (NGO) terhadap Orang Asli. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepercayaan Orang Asli Pulau Indah berpegang kepada tradisi nenek moyang mereka yang terdahulu seperti kepercayaan animisme yang bertentangan dengan al-Quran dan alSunnah. Kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada penyelidik yang ingin mengkaji pegangan dan budaya masyarakat Orang Asli Pulau Indah dan juga menjadi rujukan kepada para pendakwah dan Non-Governmental Organizations (NGO) dalam menjalankan aktiviti dakwah kepada masyarakat Orang Asli.