Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan niat bagi pekerja Bank Islam di seluruh negeri Kedah Darul Aman. Faktor-faktor yang dikaji adalah terhadap kepuasan bekerja dan pemerkasaan pekerja. Kajian ini juga mengkaji kecenderungan pekerja Bank Islam samada lebih cenderung kepada kepuasan bekerja atau pemerkasaan pekerja. Tambahan kajian ini juga dapat mengambarkan kedudukan faktor-faktor ini dari segi kepentingan perubahan niat kepada mereka. Dengan menggunakan teknik persampelan kawasan, soalan kaji selidik telah diedarkan kepada 220 responden di Bank Islam seluruh negeri Kedah. Sebanyak 150 soalan kaji selidik berjaya dikumpulkan semula tetapi hanya 98 soalan kaji selidik dapat digunakan untuk tujuan kajian seterusnya. Maklumat telah dianalisa dengan menggunakan analisa statistik termasuk analisa terhadap kebolehpercayaan, ujian serta perbezaan. Hasil dari analisa tersebut didapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara bagi setiap faktorfaktor tersebut. Justeru, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kepuasan bekerja adalah faktor yang paling ketara mempengaruhi perubahan niat pekerja di Bank Islam berbanding faktor pemerkasaan pekerja. Secara kesimpulannya, hasil kajian ini akan memberikan manfaat kepada industri perbankan secara umumnya di Malaysia dan khusus kepada pihak pengurusan Bank Islam. Pihak pengurusan bank wajib memberikan perhatian kepada pengurusan sumber manusia dengan cekap dalam mengekalkan pekerja mereka semasa ini dan seterusnya ianya akan meningkatkan produktivi pekerja tersebut serta memberikan keuntungan kepada organisasi.