Ratib Al-Attas dan amalannya di Negeri Johor :kajian keabsahan dan hubungan dengan akhlak /

Show simple item record

dc.contributor.author Mohd Shafiq bin Sahimi
dc.date.accessioned 2023-05-08T03:05:44Z
dc.date.available 2023-05-08T03:05:44Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/29022
dc.description.abstract Ratib atau zikir merupakan elemen terpenting alam sesuatu tarekat namun terdapat pibak yang mendakwa bahawa jalur nasab tarekat Alãwiyyah yang dipelopori oleh Imam Muhājir adalah seorang yang bermazhab Syiah serta mempertikaikan amalan- amalan zikir seperti tahlil, ratib dan hizb sebagai bidaah. wajib dijauhi dan menyimpang daripada landasan Quran dan Sunnah. Selain itu perbahasan mengenai hubungkait antara ratib tersebut dan pembinaan akhlak belum dibuat penilaian secara khusus dan dibuktikan secara empirikal. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti susur galur tarekat Alãwiyyah dan ratib-ratib yang diamalkan dalam tarekat, mengenalpasti sandaran amalan zikir yang terdapat dalam Rātib al- Attas yang warid daripada al-Quran, Sunnah dan atsar, dan mengenalpasti hubungkait amalan Rātib al- Attas terhadap pembinaan akhlak dalam kalangan pengikut di Negeri Johor. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif (kajian dokumen) serta kuantitatif (kajian tinjauan) yang melibatkan responden seramai 350 orang di empat zon negeri Johor dan data dianalisa secara deskriptif dan inferens (ujian t dan korelasi). Dapatan kajian menunjukkan pertama, tarekat Alāwiyyah merupakan salah satu aliran tasawuf Sunni yang dipelopori oleh al-Faqīh Muqaddam Muhammad bin Ali Bā alawi yang memiliki salasilah nasab keturunan yang bersambung sehingga kepada Sayyidinā Ali bin Abī Talib RA dan isterinya Sayyidatinā Fāțimah putri Rasulullah SAW; kedua, kandungan lafaz-lafaz zikir di dalam Rātib al- Attas adalah diterima untuk diamalkan kerana tiada percanggahan dengan kaedah Bahasa Arab, usul akidah mahupun usul syariat Islam kerana mempunyai lafaz yang ma thữr yang terdapat di dalam al- Quran dan Sunnah; dan ketiga Rātib al- A(tas didapati mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pembinaan dan pembentukan beberapa jenis akhlak bagi pengamal di Negeri Johor yang benar-benar tekun menjalani amalan ini berteraskan modul pengamalan yang tepat, niat yang ikhlas serta konsisten. Diharapkan daripada kajian ini, Rātib al- A(țas akan diterima secara umum serta mendapat pengiktirafan daripada institusi yang terlibat. en_US
dc.language.iso others en_US
dc.publisher Kulliyyah of Usuluddin & Quranic Sciences en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.title Ratib Al-Attas dan amalannya di Negeri Johor :kajian keabsahan dan hubungan dengan akhlak / en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account