Abstract:
Latarbelakang kajian ini adalah berkaitan kesan perbezaan pada wajah-wajah al- Qirāāt di dalam bacaan al-Ourần berdasarkan kepada al-Qirāāt Tujuh terhadap hukum-hukum fiqah di sisi madhhab yang empat iaitu Madhhab Hanafi, Madhhab Maliki, Madhhab Syāfi i dan Madhhab Hanbali. Kajian ini secara khususnya untuk menganalisa tahap pengetabhuan serta kefahaman asātidhah tentang kepelbagaian bentuk wajah al-Qirāāt dan kesannya terhadap madhhab fiqah yang pelbagai. Kajian ini menggunakan dua bentuk penyelidikan iaitu perpustakaan atau maktabi dan lapangan atau maidāni. Kajian yang berbentuk perpustakaan atau maktabi akan menghuraikan pengertian, sejarah, rivwayat hidup, kehujahan, perbezaan dalam bacaan dan pandangan madhhab yang empat. Manakala kajian yang berbentuk lapangan atau maidāni pula akan menganalisa tahap pengetahuan serta kefahaman asātidhah tentang kepelbagaian bentuk wajah al-Qirāāt dan kesannya terhadap madhhab fiqah yang pelbagai. Kemudiannya dianalisa secara deduktif, induktif dan sintesis. Kaedah deduktif digunakan untuk melihat secara umum įjtihad madhhab yang empat dan pendokongnya. Kaedah induktif pula suatu cara untuk mengkhususkan sesuatu yang umum dalam kajian ini. Akhirnya analisa sintesis digunakan di akhir kajian ini untuk membuat rumusan dan kesimpulan berdasarkan soalselidik, fakta dan juga data yang telah dikutip. Hasil kajian ini merumuskan bahawa perbezaan yang berlaku pada wajah-wajah al-Qirāãt sememangnya memberi kesan terhadap hukum-hukum fiqah di sisi madhhab yang empat. Perbezaan wajah pada bacaan tersebut menjadi punca perbezaan pendapat di kalangan madhhab yang empat dalam sesetengah masalah fiqah ijtihādi. Kajian ini merupakan satu titik tolak kepada yang lain untuk terus merungkai dan mengkaji keistimewaan dan kemukjizatan al-Qurān yang diturunkan dalam pelbagai bentuk wajah. Demikian juga ia akan dapat mencetuskan sifat keterbukaan masyarakat Malaysia terhadap kepelbagaian pandangan dalam isu yang membabitkan hukum-hukum figah selain daripada Madhhab Syāfi' i. Justeru ia mampu untuk membuang anasir fanatik dalamn fahaman.