Abstract:
Masyarakat Orang Asli Pulau Indah masih mengamalkan ritual dan etika warisan nenek moyang walaupun asimilasi budaya telah berlaku di dalam masyarakat mereka. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pengamalan ritual dan etika kehidupan Orang Asli Pulau Indah diamalkan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ritual dan etika kehidupan masyarakat Orang Asli di Pulau Indah. Kajian ini juga mengumpulkan segala amalan yang masih diamalkan oleh mereka. Amalan-amalan ini merupakan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Kajian ini juga mengkritik ritual dan etika mereka berdasarkan Al-Quran dan Al-sunnah. Metod kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan analisa kualitatif melalui temu bual dan kajian perpustakaan. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa Orang Asli Pulau Indah masih mengekalkan budaya dan etika ajaran nenek moyang mereka.