قاعدة "تصوف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة" وتطبيقاتها في المجتمع الماليزي في نازلة كورونا

Show simple item record

dc.contributor.author Mohd Yusof bin Abdul Hamid
dc.date.accessioned 2023-03-21T01:55:18Z
dc.date.available 2023-03-21T01:55:18Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28922
dc.description Thesis submitted in fulfilment of the requirement of Master of Shariah. en_US
dc.description.abstract Bahas ini bertajuk kaedah "tindakan pemimpin keatas rakyatnya berpandukan kepada maslahah dan perlaksanaannya di Malaysia ketika menghadapi masalah Corona". Bahas ini terdiri dari pengenalan untuk menjelaskan tentang teori kaedah-kaedah fekah, dan tiga bab, bab pertama menjelaskan mengenai falsafah kaedah "tindakan pemimpin keatas rakyatnya berpandukan kepada maslahah", dan bab kedua menjelaskan mengenai konsep pemerintahan di zaman sekarang, dan bab ketiga mengenai penerapan kaedah ini di masyarakat Malaysia dalam usaha memerangi Corona, dan kesimpulan kajian yang menyebut beberapa hasil penulisan dan cadangan penyelidik. Antara sebab saya memilih tajuk ini adalah untuk menghubungkan isu-isu yang berlaku dengan kaedah-kaedah fekah, dan untuk membantu mereka yang berminat dengannya untuk mengetahui ruang lingkup hukum syarak dan kesesuaiannya untuk diguna pakai, dan bersama-sama untuk menjelaskan kebaikan Syarak yang datang bagi membawa kebaikan dan menolak segala bentuk kerosakan dengan melalui kaedah ini. Masalah kajian bagi pengkaji adalah tentang kehebatan kaedah ini dan kurangnya penerapan dalam masyarakat Malaysia. Pengkaji menggunakan pendekatan deskriptif, induktif dan analisis penerokaan. Batas penyelidikan kaedah adalah berkaitan maslahah dan penerapannya oleh pemimpin di dalam setiap tindakan ke atas rakyat berdasarkan keempat-empat mazhab fekah dan realiti. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan tentang maslahah yang diiktiraf oleh syarak serta penentuannya, sebab-sebabnya, halangannya, dan menghubungkan peraturan tersebut dengan realiti di Malaysia khususnya isu politik. Kajian cuba menjawab soalan kajian, antaranya: Apakah pengertian kaedah "tindakan pemimpin keatas rakyatnya berpandukan kepada maslahah"? Apakah penilaian sebenar perlaksanaan kaedah ini kepada realiti? Kepentingan kaedah ini terbukti melalui penyelidikan ini yang berusaha untuk menjelaskan maksud peraturan ini dan menghidupkan nilai-nilainya di dalam realiti, dan menunjukkan kesesuain Islam pada setiap zaman dan syariah yang datang bersama nilai ini untuk menjamin maslahah manusia, kesimpulan kajian dapat diambil dari hasil, yang paling penting, antaranya adalah: fekah dan kaedahnya memainkan peranan penting dalam membentuk dasar politik negara islam kerana peraturan ini menjelaskan kewajiban para pemimpin terhadap rakyatnya. Kajian ini menunjukkan bahawa tindakan pemerintah Malaysia menangani pandemik corona berteraskan kepada memastikan kebaikan untuk rakyat yang sesuai untuk perlaksanaan kaedah ini di dalam suasana yang sebegini. Penyelidik mengesyorkan agar para pemerintah dan para pemimpin sentiasa cakna dengan kaedah ini, dan menerapkannya ke dalam semua tindakan mereka supaya memdatangkan manfaat dan faedah, Pengkaji juga mengesyorkan agar negara-negara lain mengikuti teladan dan memanfaatkan pengalaman Malaysia dalam menangani wabak ini. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Postgraduate Management Centre, UniSHAMS. en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.subject Kulliyyah of Syariah and Law en_US
dc.subject Master en_US
dc.title قاعدة "تصوف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة" وتطبيقاتها في المجتمع الماليزي في نازلة كورونا en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account