Tahap kefahaman sekularisme dalam kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kepala Batas

Show simple item record

dc.contributor.author Luqman bin Zainal Abidin
dc.date.accessioned 2023-03-21T01:39:08Z
dc.date.available 2023-03-21T01:39:08Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28920
dc.description Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk memperolehi Sarjana Usuluddin. en_US
dc.description.abstract Kajian adalah untuk melihat gaya pemikiran sekularisme di dalam gaya hidup dan pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kepala Batas. Objektif kajian pula adalah untuk untuk mengkaji tahap kefahaman sekularisme di kalangan pelajar, mengkaji faktor kesan sekularisme dan kesan kefahaman sekularisme dalam gaya hidup Pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kepala Batas. Skop kajian ini tertumpu kepada pelajar tingkatan 5 Maktab Rendah Sains MARA di Kepala Batas. Responden ini dipilih adalah kerana mereka mempunyai struktur pendidikan yang seimbang dari segi kerohanian dan akademik dan juga mempunyai suasana pendidikan serta suasana tarbiyyah Islam yang seimbang. Kajian dilakukan dengan menggabungkan kaedah kepustakaan dan juga kaedah kaji selidik. Hasil kajian ini mendapati terdapat sebahagian kecil pelajar iaitu sebanyak 21 % pelajar mempunyai pengaruh sekularisme dan mereka ini dipengeruhi dengan keadaan suasana masyarakat di sekeliling mereka. Majoriti mereka iaitu sekitar 79% memahami sekularisme dari segi definisi, mereka mengetahui dan mengenali faktor sekularisme malah faham dengan jelas kesan sekularisme yang diterjemahkan dengan gaya hidup seharian mereka dan berpunca daripada faktor pendidikan yang seimbang antara kerohanian iaitu pendidikan Ulul Abab dan juga pendidikan akademik. Kesannya, majoriti pelajar iaitu 99.6% mengamalkan kehidupan seharian mereka yang mengikuti tatacara Islam. Hasil daripada kajian mendapati faktor sekular yang lahir di dalam pemikiran manusia ini berpaksikan kepada beberapa faktor iaitu proses pendidikan individu, suasana tumbesaran individu seperti masyarakat dan keluarga, dan faktor yang terakhir adalah faktor sistem politik dan kuasa pentadbiran negara. Dapatan kajian ini mampu membantu dan menambah baik sistem pendidikan negara dengan melahirkan graduan dan pelajar muslim yang memahami kesan buruk dan akibat daripada minda yang tercemar dengan sekularisme. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Postgraduate Management Centre, UniSHAMS. en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.subject Master en_US
dc.subject Kulliyyah of Usuluddin and Qur'anic Science en_US
dc.title Tahap kefahaman sekularisme dalam kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kepala Batas en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account