Kesedaran pendidikan kewangan dalam kalangan pelajar IPT Malaysia melalui AKPK dari perspektif Maqasid Syariah

Show simple item record

dc.contributor.author Nor Atikah Binti Abd Razak
dc.date.accessioned 2022-11-21T03:41:28Z
dc.date.available 2022-11-21T03:41:28Z
dc.date.issued 2020
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28708
dc.description.abstract Tajuk kajian ini adalah mengenai Kesedaran Pendidikan Kewangan Dalam Kalangan Pelajar IPT Malaysia Melalui AKPK Dari Perspektif Maqasid Syariah. Masalah yang timbul dan berlaku dalam kajian ini adalah apabila berlakunya peningkatan kes muflis dalam kalangan rakyat Malaysia kesan daripada kurangnya kesedaran terhadap pendidikan kewangan dan kegagalan dalam merancang serta mengurus kewangan. Justeru, pengkaji memilih untuk menjadikan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu masyarakat menyebarkan pendidikan kewangan serta menyelesaikan masalah berkaitan kewangan dan dilihat pelaksanaanya dari perspektif Maqasid Syariah. Kajian ini juga memilih pelajar di institusi pengajian tinggi (pelajar di UniSHAMS) bagi mewakili masyarakat Malaysia untuk melihat dan menilai tahap kesedaran pendidikan kewangan. Terdapat banyak kajian lepas yang menunjukkan kurangnya celik kewangan dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini. Antara beberapa faktor yang dilihat menjadi punca terhadap kurangnya kesedaran pendidikan kewangan adalah kefahaman, persepsi dan faktor-faktor demografi seperti jantina, pendidikan dan umur. Persoalan-persoalan dalam kajian ini menunjukkan hubungan antara faktor kefahaman, persepsi dan demografi terhadap kesedaran pendidikan kewangan dalam kalangan pelajar IPT Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara kefahaman, persepsi dan faktor demografi (jantina, umur, tahap pendidikan) terhadap kesedaran pendidikan kewangan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dari perspektif Maqasid Syariah. Bentuk metodologi kajian ini dijalankan adalah secara kuantitatif. Hasil kajian mendapati kurangnya kesedaran pendidikan kewangan dalam kalangan pelajar di UniSHAMS melalui AKPK dan mendapati pendidikan kewangan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menepati Maqasid Shari ’ah ke arah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mencari kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Ini bagi memastikan kebaikan dan kebajikan rakyat melalui pendidikan kewangan diperolehi secara keseluruhan seterusnya dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kajian ini juga dengan jelas menunjukkan Maqasid Syariah merupakan pendekatan paling terbaik yang digunakan serta menjadi rahmat kepada sekalian alam. Modul pendidikan kewangan yang dihasilkan juga adalah bertepatan dengan Maqasid Shari ’ah yang telah ditetapkan dalam Islam. Selain itu, hasil kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor persepsi dengan kesedaran pendidikan kewangan manakalan faktor kefahaman dan demografi (jantina, umur, tahap pendidikan) adalah signifikan.
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.subject Master en_US
dc.subject Kulliyyah of Usuluddin and Qur'anic Science en_US
dc.title Kesedaran pendidikan kewangan dalam kalangan pelajar IPT Malaysia melalui AKPK dari perspektif Maqasid Syariah en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account