Abstract:
Kajian ini menghuraikan pengertian konsep Berkat yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah dari perspektif yang lebih luas. Berkat adalah komponen atau nilai penting dalam kehidupan manusia. Manusia pada hari ini semakin tidak memikirkan dan berusaha untuk mencari keberkatan dalam kehidupan, akan tetapi mereka lebih memilih dan melihat kepada kebendaan dunia yang hanya sementara. Kajian yang dijalankan ini bertujuan menjelaskan makna konsep keberkatan seperti yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah, serta bagaimana kita dapat memilikinya dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, maksud dan makna Berkat juga diambil dari pandangan para ulamak berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengkhususan yang mereka miliki. Perkara ini perlu diberi perhatian agar setiap perkerjaan ataupun amalan yang kita lakukan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk menyelesaikan tiga persoalan mengenai konsep berkat iaitu, menjelaskan pengertian berkat menurut al-Quran, menjelaskan pengertian berkat menurut Sunnah dan mengenalpasti cara-cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah SWT. Pelbagai persoalan kajian ditimbulkan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian ini adalah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah deskriptif dan historika. Hasil kajian mendapati bahawa berkat merupakan segala perbuatan yang dapat memberi kebaikan dan manfaat. Selain itu, terdapat sembilan frasa di dalam al-Quran yang semuanya merujuk kepada satu maksud iaitu berkat. Frasa tersebut adalah, Braka, Mubrak, Baraktuh, Barakn, Brika, Tabraka, Baraktin, Mubrak dan Mubrakah. Oleh yang demikian, diharapkan melalui kajian yang dijalankan ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan konsep berkat yang sebenar dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.