dc.description.abstract |
Disertasi ini merupakan satu kajian tafsir Surah Maryam yang mengandungi sirah beberapa orang nabi termasuk Nabi yahya, Nabi Isa, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Ismail, Nabi Idris dan kisah seorang wanita istimewa yang satu-satunya disebut dalam kitab suci al-Quran iaitu Saidatina Maryam AS. Kajian ini khususnya mengkaji kisah peribadi Saidatina Maryam yang diceritakan di dalam Surah Maryam. Surah Maryam merupakan salah satu surah yang kesembilan belas didalam al-Quran, mengandungi 98 ayat, serta tergolong di dalam surah Makiyyah. Surah ini di namakan Surah Maryam kerana mengandungi kisah kehamilan Saidatina Maryam dan kelahiran Isa tanpa seorang ayah, dan gema dari kehamilan tersebut telah menyebabkan berbagai perisitiwa yang menakjubkan berlaku sepanjang tempoh kehamilannya serta setelah kelahiran Nabi Isa. Kajian ini bertujuan menghuraikan latar belakang Surah Maryam dengan mendedahkan kisah peribadi Saidatina Maryam. Selain itu, kajian juga menjelaskan ujian yang dihadapinya dan pertolongan Allah SWT kepada Maryam ketika menghadapi ujian. Kajian disertasi ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kepada sumber primer dan menggabungkannya dengan sumber sekunder yang kemudiannya dianalisis dan ditafsir mengikut penilaian maklumat asal berdasarkan Surah Maryam. Hasil kajian mendapati kekasih Allah SWT yang bernama Saidatina Maryam yang di sebut di dalam al-Quran merupakan ikon yang dapat dicontohi oleh setiap umat manusia dalam menelusuri setiap ujian yang dihadapinya. Bermula dari keturunannya, keperibadiannya, serta keseluruhan kehidupannya amat memberi inspirasi bagi membentuk shaksiah diri dan sesebuah keluarga yang baik. Setiap aturan kehidupan yang berlaku adalah terjadi dengan qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Namun, ia hendaklah dipandu dengan akal serta iman yang sejahtera agar mendapat keredhaaNya. |
|