Abstract:
Akhlak adalah satu proses tingkah laku yang dizahirkan setelah melalui proses pemikiran, pertimbangan atau penelitian. Setiap akhlak yang baik dizahirkan melalui tingkah laku yang baik. Apakah konsep pendidikan akhlak menurut Al-Qur'an dan Sunnah? Apakah teknik didikan akhlak menurut Imam Al-Ghazaly? Apakah teknik akhlak Rasulullah menurut Al-Qur’a>n dan Sunnah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kaedah pendidikan akhlak mengikut Al-Quran dan Hadis. Kajian ini menggunakan metod induktif dan deduktif. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ini adalah melalui kajian buku-buku lepas. Selain itu kajian ini juga menceritakan kaedah pendidikan akhlak menurut Imam Ghazaly. Penyelidik juga mengetengahkan tentang maksud akhlak dari pelbagai sudut antaranya dari sudut ahli falsafah dan lain- lain. Hasil daripada kajian ini, mendapati bahawa kaedah pendidikan akhlak kepada anak- anak yang diutarakan oleh Imam Ghazaly dengan Al-qur’a>n dan Hadis ialah pendekatan Pendidikan melalui teladan, kebiasaan, nasihat, pemerhatian, ganjaran dan hukuman sangat penting dalam membentuk peribadi anak- anak supaya berakhlak mulia yang telah dianjurkan oleh Islam. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan oleh penyelidik iaitu untuk mengkaji metode pendidikan akhlak untuk anak- anak dari perspektif Al-Quran dan Hadis. Hasil kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada para pendidik untuk mendidik anak-anak dengan menggunakan kaedah didikan Rasulullah.