dc.contributor.author |
Nurul Afiqatul Asiyyah Binti Azizan |
|
dc.date.accessioned |
2022-11-21T02:09:50Z |
|
dc.date.available |
2022-11-21T02:09:50Z |
|
dc.date.issued |
2020 |
|
dc.identifier.uri |
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28699 |
|
dc.description.abstract |
Perkahwinan yang dibina ketika belajar di universiti mempunyai kebaikan dan juga keburukan kepada peningkatan dan pembangunan pelajar jurusan berkaitan alQur‟an. Perkahwinan pada usia muda yang didirikan memberikan kesan terhadap hafazan dan ingatan kepada pelajar yang sedang menajamkan ingatan dan menjaga hafazan mereka. Apakah persepsi kesan perkahwinan usia muda terhadap hafazan alQuran dan adakah berkahwin muda akan memberikan kesan terhadap pencapaian akademik pelajar? Disertasi ini cuba mengupas isu ini dengan mendapatkan hasil penyelidikan yang dilakukan terhadap pelajar jurusan al-Qur‟an di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muad‟zam Shah (UniSHAMS) untuk melihat persepsi perkahwinan muda terhadap hafazan al-Quran dan kupasan kertas kerja ini berdasarkan pandangan Islam terhadap perkahwinan. Kajian dijalankan terhadap mahasiswa jurusan Al-Quran dan Sunnah kerana mereka lebih cenderung untuk menghafaz al-Quran dengan banyak dan perlu memelihara ingatan mereka terhadap hafazan al-Qur‟an. Tujuan disertasi ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi kesan perkahwinan usia muda terhadap hafazan al-Quran dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi itu sendiri serta hubungan diantara kesan berkahwin muda dengan pencapaian akademik pelajar (CGPA) dengan menggunakan kaedah soal selidik kerana lebih tepat dan membantu tahap ketepatan yang diberikan oleh responden dalam disertasi ini. Hasil kajian menunjukkan menunjukkan mahasiswa dan mahasiswi mempunyai persepsi yang sederhana terhadap perkahwinan usia muda dan tidak memberikan pengaruh yang tinggi serta tidak terdapat hubungan diantara kesan perkahwinan usia muda terhadap hafazan al-Quran dengan penapaian akademik pelajar (CGPA). Disertasi ini diharap dapat menjadi rujukan terhadap mahasiswa dan mahasiwi yang bimbang untuk mendirikan rumahtangga dalam masa yang sama masih dalam peringkat pengajian lebih-lebih lagi dalam bidang yang memerlukan hafazan al-Quran. |
|
dc.language.iso |
other |
en_US |
dc.publisher |
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) |
en_US |
dc.subject |
Theses & Dissertations |
en_US |
dc.subject |
Master |
en_US |
dc.subject |
Kulliyyah of Usuluddin and Qur'anic Science |
en_US |
dc.title |
Persepsi kesan perkahwinan usia muda terhadap hafazan Al-Qur'an |
en_US |
dc.type |
Thesis |
en_US |