Pelaksanaan hudud dalam masyarakat majmuk di Malaysia : analisa dari sudut Maqasid Shari’ah

Show simple item record

dc.contributor.author Wan Mohd Akmal Bin Wan Halim
dc.date.accessioned 2022-11-21T01:50:11Z
dc.date.available 2022-11-21T01:50:11Z
dc.date.issued 2020
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28694
dc.description.abstract Undang-undang jenayah hudud dilihat sebagai undang-undang yang kontroversi yang membawa kepada perbincangan hangat dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia.Hal ini berlaku kerana salah faham yang timbul berikutan kurangnya pengetahuan berkenaan hukuman itu sendiri mahupun hikmah dan tujuan pensyariatannya. Oleh itu kajian ini dibuat untuk menganalisa hikmah dan tujuan pensyariatannya melalui disiplin ilmu maqāṣid sharīʿah terhadap pelaksanaan hudud dalam masyarakat majmuk di Malaysia melalui pemerhatian terhadap konsep hukuman hudud secara holistik. Kajian ini menggunakan metod yang berbentuk kualitatif yang bercirikan metodologi pengumpulan data daripada buku-buku, artikel dan jurnal yang bertujuan untuk mendapatkan pendapat para ulama’ dan fuqaha’ mengenai konsep hukuman hudud secara holistik serta melakukan analisa dari sudut maqāṣid sharīʿah di sebalik hukuman yang diperuntukkan terhadap pelaksanaannya dalam masyarakat majmuk. Hasil kajian ini mendapati konsep maqāṣid sharīʿah terhadap pelaksanaan hukuman hudud dalam masyarakat majmuk di Malaysia adalah selari di dalam membawa kemakmuran dan memelihara maṣlaḥah seluruh ummat manusia. Penulis berharap daripada kajian ini, segala salah faham dikalangan masyarakat majmuk terhadap pelaksanaan hukuman hudud dapat diperbetulkan, oleh itu semua pihak akan dapat memahami dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk melaksanakan hukuman ini demi mengangkat nilai sosial dikalangan masyarakat di tahap yang lebih tinggi, serta menuju ke arah kehidupan yang lebih aman dan harmoni.
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.subject Master en_US
dc.subject Kulliyyah of Syariah and Law en_US
dc.title Pelaksanaan hudud dalam masyarakat majmuk di Malaysia : analisa dari sudut Maqasid Shari’ah en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account