Abstract:
Kajian ini menghubungkan kaitan tasawwuf dan al-Quran dalam menghadapi pendemik. Al-Quran merupakan sumber utama yang menyentuh perbincangan berkaitan kerohanian. Kajian ini adalah bertujuan membina mekanisme melalui pendekatan Al-Quran dan kerohanian dalam menghadapi ujian pendemik. Metodologi kajian ini menggunakan kajian perpustakaan melalui aplikasi sumber kajian seperti artikel jurnal dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Objektif kajian adalah untuk mengkaji pendekatan tasawwuf dan al-Quran dalam menghadapi pendemik, mengkaji konsep ujian menurut persepktif Islam serta membina solusi pembangunan jiwa melalui pendekatan tasawwuf. Dapatan kajian membuktikan pendekatan tasawwuf melalui konsep penyucian jiwa, seperti amalan kerohanian zikrullah, penghayatan sifat sabar melalui konsep tazkiyah al-nafs dan pengurusan sikap melalui penekanan akhlak mahmudah dapat menyelesaikan tekanan di masa pendemik.