Perlaksanaan Problem Based Learning (PBL) dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Hubungan Etnik di Institusi Pengajian Tinggi

Show simple item record

dc.contributor.author 'Adlina Abdul Khalil
dc.contributor.author Rosfazila Abd Rahman
dc.contributor.author Jessica Ong Hai Liaw
dc.contributor.author Nur Fathin Nadira Bt. Abdul Rasib
dc.date.accessioned 2022-06-21T07:08:13Z
dc.date.available 2022-06-21T07:08:13Z
dc.date.issued 2021-11
dc.identifier.issn 2811-4051
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28608
dc.description.abstract Proses pembelajaran di peringkat pengajian tinggi perlu melalui fasa transformasi sejajar dengan kehendak dan keperluan masa kini. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan tugasan yang diberikan sebaiknya menekankan aspek pembentukan modal insan. Dalam erti kata yang lain, mahasiswa perlu dibekalkan dengan konsep independent study, melihat masalah yang dihadapi olel) masyarakat dan peka terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Hal ini kerana, selepas bergraduat mahasiswa akan berada dalam komuniti. Kelompok komuniti di tempat keija dan komuniti di luar tempat keija. Aspek-aspek kemahiran yang diperolehi semasa belajar di universiti akan menjadi kayu ukur kepada kemampuan mahasiswa memberi khidmat terbaik kepada majikan mereka nanti. Pengajaran dan pembelajaran pada masa kini perlu dibuat penambahbaikan mengikut arus perubahan zaman. Stigma pemikiran masyarakat yang menyatakan pensyarah sebagai tenaga pengajar sahaja, perlu ditambah kepada pensyaTah menjadi penasihat sesuatu projek atau tugasan yang diberikan kepada mahasiswa. Atas faktor ini, maka kajian dibuat untuk mehhat pelaksanaan Problem Based Learning (PBL) dalamkursus Hubungan Etnik boleh dijadikan medium pengajaran berkesan dalam membina personaliti diri mahasiswa.Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan (tinjauan cross-sectional) dan data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS Versi 26. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 180 pelajar peringkat Ijazah Saijana Muda dari pelbagai latar belakang bidang pengajian dari sebuah institusi pengajian di zon utara. Kajian tertumpu kepada aspek kesan dan cabaran mahasiswa mengaplikasi PBL dalam kursus Hubungan Etnik. Dapatan kajian mendapati pembentukan personaliti pelajar seperti pembinaan keyakinan diri, efektif dan cekap berlaku apabila PBL diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun mereka berjaya mengaplikasikan pembelajaran PBL, namun terdapat sesctengah mahasiswa terpaksa berhadapan denganbeberapa bentuk cabaran. Antara bentuk cabaran yang dominan adalah terdapat perbezaan pandangan dengan ahli kumpulan dan keijasama tidak diberikan oleh komuniti. Namun, atas dasar komited kepada tanggungjawab, paramahasiswa dapat menangani masalah yang dihadapi dengan cara berhikmah dan akhimya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan en_US
dc.subject Problem Based Learning (PBL) en_US
dc.subject Pengajaran dan Pembelajaran en_US
dc.subject Kursus Hubungan Etnik en_US
dc.subject IPT en_US
dc.title Perlaksanaan Problem Based Learning (PBL) dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Hubungan Etnik di Institusi Pengajian Tinggi en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account