dc.contributor.author |
Rosfazila Abd Rahman |
|
dc.contributor.author |
Jessica Ong Hai Liaw |
|
dc.contributor.author |
'Adlina Abdul Khalil |
|
dc.contributor.author |
Sharifah Shahirah Syed Sheikh |
|
dc.contributor.author |
Djhoanna S. Mama |
|
dc.contributor.author |
Munira Abd Razak |
|
dc.date.accessioned |
2022-06-21T06:40:13Z |
|
dc.date.available |
2022-06-21T06:40:13Z |
|
dc.date.issued |
2021-11 |
|
dc.identifier.issn |
2811-4051 |
|
dc.identifier.uri |
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28607 |
|
dc.description.abstract |
Rukun Negara adalah suatu ideologi kebangsaan yang menyeragamkan fahaman dalam kalangan pelbagai kelompok etnik di Malaysia. Rukun Negara juga bermatlamat untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar patriotik dan memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan. Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip ketiga dalam Rukunegara Malaysia. Satu daripada objektif Rukun Negara ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Justeru, Rukun Negara perlu sentiasa dihayati oleh rakyat kerana pembentukannya adalah mengikut acuan masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, amat penting bagi semua rakyat dapat memahami, menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara terutamanya dalam kalangan generasi baru yang merupakan pemimpin masa hadapan. Sehubungan itu, Kajian Tahap Pemahaman, persepsi, penerimaan dan cabaran prinsip keluhuran perlembagaan dalam Kalangan generasi baharu ialah satu kajian yang akan mengkaji sejauh mana mereka benar- benar memahami, merasai dalam hati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara berasaskan indikator dan kriteria yang dipilih. Teknik dan strategi kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan data temu bual dan strategi kajian fenomena. Kajian ini dapat memberi gambaran tentang tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan generasi baharu masyarakat majmuk Malaysia terhadap prinsip keluhuran perlembagaan Rukun Negara dan sekaligus cadangan-cadangan di dalam kajian ini dapat diterapkan di dalam kehidupan masyarakat ke arah perpaduan dan keharmonian dalam kemajmukan. |
en_US |
dc.language.iso |
other |
en_US |
dc.publisher |
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan |
en_US |
dc.subject |
Rukun Negara Malaysia |
en_US |
dc.subject |
Keluhuran Perlembagaan |
en_US |
dc.subject |
Generasi Baru |
en_US |
dc.subject |
Masyarakat Majmuk Malaysia |
en_US |
dc.title |
Prinsip Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan dalam kalangan generasi baru masyarakat majmuk Malaysia: Kajian terhadap pemahaman, persepsi, penerimaan dan cabaran |
en_US |
dc.type |
Article |
en_US |