Abstract:
Wakaf merupakan insturmen penting di dalam sistem ekonomi sesebuah negara bagi memastikan pembangunan sosio-ekonomi dapat dibangunkan dengan lebih berkesan. Terdapat beberapa isu yang timbul dalam menguruskan pembangunan tanah wakaf bagi tujuan pembangunan sosio-ekonomi ummah disebabkan terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh pewakaf (waqif). Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji beberapa pandangan ulama melalui kitab-kitab turath dari aspek perubahan syarat wakaf melalui pendekatan Maqasid Shariah iaitu “Tasarruful Imami ‘Ala al-Ra’iyyati Manuthun bi al-Maṣlaḥah”. Bagi sistem perundangan di Malaysia, pengurusan dan pentadbiran harta wakaf adalah di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Oleh kerana pengurusan dan pentadbiran harta wakaf berada di bawah bidangkuasa MAIN, yang perlu melihat kepada maslahah dan keperluan yang lebih luas dalam pembangunan harta wakaf. Maka Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan mengaplikasi kaedah analisis kajian kitab turath yang berkaitan dalam membantu pembangunan dan pengurusan harta wakaf dengan lebih berkesan dalam membangunkan sosio ekonomi masyarakat di Malaysia.