Abstract:
Pembelian dan penjualan atas talian telah menjadi suatu norma baru semenjak arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan pusat perniagaan ditutup. Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan pembelian secara atas talian di kalangan penduduk di sekitar Ayer Hitam, Kedah. Terdapat empat faktor yang menjadi fokus kajian ini iaitu kepercayaan, kemudahan, paparan produk dan maklumat lengkap produk. Seramai 50 orang responden yang dipilih secara secara rawak dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Kaedah tinjauan melalui edaran borang kaji selidik kepada 50 orang responden yang berada di sekitar kawasan Ayer Hitam, Kedah. Hasil kajian menunjukkan empat faktor ini mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pembelian atas talian. Faktor paparan produk mempunyai pengaruh yang paling tinggi kepada keputusan pembelian atas talian, diikuti dengan faktor kemudahan dan maklumat lengkap produk dengan nilai signifikasi bawah 0.01. Manakala faktor kepercayaan mempunyai nilai signifikasi bawah 0.10. Hasil dapatan kajian menunjukkan kepercayaan, kemudahan, paparan produk dan maklumat lengkap produk mempengaruhi pembelian atas talian penduduk luar bandar seperti di Ayer Hitam, Kedah.