Abstract:
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merupakan peneraju utama dalam pembangunan hartanah wakaf terutama melalui produk sulungnya Wakaf Seetee Aisah. Dalam mengurustadbir aset ummah ini sudah tentu MAINPP mengharungi pelbagai liku dan cabaran demi melaksanakan impian pewakaf dan memajukan sosioekonomi masyarakat. Kajian ini menumpukan aspek isu-isu dan cabaran Pembangunan Wakaf Seetee Aisah seterusnya mencadangkan beberapa penambahbaikkan bagi pembangunan tanah wakaf oleh MAINPP. Kajian kualitatif menggunakan kaedah temubual bersama pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan hartanah wakaf di MAINPP. Hasil kajian mendapati bahawa MAINPP menghadapi beberapa cabaran dalam membangunkan hartanah wakaf. Oleh yang demikian, bagi menangani cabaran yang dihadapi, dicadangkan agar pihak MAINPP menambahbaik mekanisme pembangunan terhadap hartanah wakaf agar selari dengan visi dan misi MAINPP. Secara tuntas, kajian ini memberi nilai tambah kepada MAINPP dan pihak-pihak yang terlibat dalam menghadapi cabaran untuk membangunkan hartanah wakaf di Malaysia.