Perlindungan Hak Isteri Terhadap Unsur Narsisisme dan Gaslighting dalam Konflik Keganasan Rumah Tangga Impak Pandemik COVID-19

Show simple item record

dc.contributor.author Sukriah Ismail
dc.contributor.author Nur Sarah Tajul Urus
dc.contributor.author Farida Isa Binawae
dc.contributor.author Ahmad Hussein Abdul Shakoor Siraji
dc.date.accessioned 2022-05-24T03:26:03Z
dc.date.available 2022-05-24T03:26:03Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.citation MyCite en_US
dc.identifier.issn 2232-1047
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28473
dc.description.abstract Kajian ini memfokuskan secara konstruktif tentang polemik dalam rumah tangga impak pandemic COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Negara China misalnya mengundang kes perceraian yang tinggi dalam tempoh perintah darurat yan dikuatkuasakan. Di Malaysia pula, semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), aduan konflik atau keganasan rumah tangga kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapat respons yang tinggi daripada kalangan isteri. Hal ini menunjukkan wujud konflik rumah tangga pada skala yang besar. Maka, kajian ini bertepatan untuk mengkaji punca dan faktor konflik keganasan rumah tangga. Objektif kedua adalah untuk mengenal pasti hak isteri dalam rumah tangga dan ketiga, mencadangkan prosedur standard rumah tangga penyayang ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif. Kaedah analisis kandungan digunakan dengan bahan-bahan yang sebahagian besarnya bersumberkan perpustakaan yang terdiri daripada data primer dan sekunder. Data utama dikumpulkan daripada kitab fiqah untuk menjelaskan hak dan tanggungjawab isteri dalam rumah tangga. Data sekunder berdasarkan bahan yang diterbitkan, seperti buku teks, artikel jurnal, pangkalan data dalam talian dan Internet. Untuk analisis, kajian ini menggunakan kaedah gabungan analisis data, iaitu pendekatan deskriptif, kritis dan perbandingan. Dapatan kajian menunjukkan wujud unsur narsisisme dan gaslighting dalam krisis rumah tangga yang memberikan kesan terhadap institusi rumah tangga yang harmonis. Perintah kawalan pergerakan turut menyumbang sebagai faktor yang kuat dalam konflik yang dialami pasangan suami isteri. Oleh itu, satu mekanisme prosedur operasi standard rumah tangga penyayang perlu diwujudkan pada peringkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bagi melindungi hak isteri seterusnya membangunkan karakter berjiwa kuat dan kental agar terhindar daripada belenggu institusi perkahwinan yang negatif en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher JFatwa Journal of Fatwa Management and Research en_US
dc.relation.ispartofseries Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa;Special Edition / Vol. 24/ No. 2
dc.subject Researchers en_US
dc.subject Perlindungan – Hak Isteri –Konflik Rumah tangga–Pandemik COVID-19 en_US
dc.title Perlindungan Hak Isteri Terhadap Unsur Narsisisme dan Gaslighting dalam Konflik Keganasan Rumah Tangga Impak Pandemik COVID-19 en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account