Abstract:
Di kebanyakan negara di dunia, majoiti perusahaan adalah terdiri daripada Perusahaan Kecil and Sederhana (PKS). Tidak dapat dinafikan PKS mampu memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi sebuah negara. Walaupun jumlah PKS dalam sebuah negara adalah majoriti, namun sumbangan PKS berbanding firma besar masih lagi tidak setanding. Selain itu, prestasi PKS juga masih belum berada pada tahap yang membanggakan. Prestasi firma PKS tidak mampu bersaing dengan firma-firma besar. Firma PKS juga berdepan dengan jangkahayat yang pendek. Terdapat PKS yang hanya bertahan hanya tiga ke lima tahun sahaja. Oleh itu, terdapat banyak kajian-kajian terdahulu yang dijalankan.