Sumbangan Simbolik Dalam Pembahagian Aset Hartasepencarian Di Malaysia: Satu Permintaan Pasca Perceraian

Show simple item record

dc.contributor.author Nur Sarah Tajul Urus
dc.contributor.author Shahmi Awang
dc.contributor.author Mohd Syahmil Samsudin
dc.contributor.author Alias Azhar
dc.date.accessioned 2022-05-23T07:39:36Z
dc.date.available 2022-05-23T07:39:36Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.citation MyCite en_US
dc.identifier.issn 2232-1047
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28459
dc.description.abstract Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri di Malaysia telah mengiktiraf bahawa harta sepencarian boleh diminta atau dituntut haknya oleh suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan biasa atau ketika suami ingin berpoligami. Harta sepencarian juga boleh dituntut selepas berlakunya kematian salah satu pasangan atau pembubaran perkahwinan melalui perceraian atau salah satu pasangan murtad dan menganut agama lain. Pelan Strategik bagi mempotretkan wajah Malaysia dalam Wawasan Kemakmuran Bersama dilahirkan selepas berakhirnya Dasar Wawasan Negara 2020 dan Visi TN50 memperjuangkan undang-undang yang sama demi melindungi hak wanita, agar golongan ini boleh merancang kewangan masa depan mereka walaupun sebagai seorang isteri atau madu, balu, janda, dan ibu tunggal. Sumbangan simbolik dalam tuntutan harta sepencarian merupakan satu bentuk pembahagian harta yang diberikan khusus untuk wanita dan amalan ini diiktraf oleh undangundang keluarga Islam di Malaysia. Sumbangan simbolik harta sepencarian ini hanya boleh dipohon di Mahkamah Tinggi Syariah ketika dalam tempoh perkahwinan dan apabila berlakunya perceraian, poligami atau kematian. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan harta sepencarian. Objektif kedua adalah untuk menganalisis kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah berkaitan tuntutan harta sepencarian. Objektif ketiga pula adalah untuk mencadangkan satu prosedur operasi standard yang mudah, cepat dan mesra bagi permohonan harta sepencarian. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif. Kaedah analisis kandungan turut digunakan di mana sebahagian besar bahan-bahan bersumberkan perpustakaan yang terdiri daripada data primer dan sekunder. Data utama dikumpulkan dari kitab fiqah untuk menjelaskan bagaimana kaedah fiqah diterapkan. Peruntukan undangundang dalam Enakmen Undangundang Keluarga Islam Negeri Kedah 2008 dan lain-lain statut berkaitan serta kes undang-undang yang berkaitan turut dirujuk. Selain itu, kaedah pemerhatian dan rujukan kes asal di mahkamah juga dilaksanakan. Data sekunder pula adalah berdasarkan bahan yang diterbitkan, seperti buku teks, artikel jurnal, pangkalan data dalam talian dan Internet. Untuk analisis, kajian ini menggunakan kaedah gabungan analisis data, iaitu pendekatan deskriptif, kritis dan perbandingan. Pernyataan hakim dalam setiap kes diperiksa dengan teliti dan diikuti dengan justifikasi yang rasional. Hasil kajian menunjukkan bahawa harmonisasi hukum fiqah dan adaptasi undang-undang pada harta sepencarian adalah undang-undang terbaik untuk diguna pakai terutama oleh institusi undang-undang keluarga Islam. Matlamat pemberian sumbangan simbolik harta sepencarian adalah untuk mengekalkan kepentingan terbaik bagi pasangan suami isteri mengikut konteks uruf di Malaysia. Oleh itu, undang-undang dan garis panduan yang berkuat kuasa adalah selari dan tidak bertentangan dengan hukum fiqah dalam Islam. Ia juga menjamin bahawa pasangan itu akan mendapat manfaat pembahagian harta dalam perkahwinan dan selepas berlakunya perceraian, poligami atau kematian. Apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah satu keperluan untuk melindungi kebajikan pasangan dengan memperkenalkan prosedur tertentu bagi memastikan keadilan bagi suami dan isteri pada masa hadapan dalam menjaga kemaslahatan dan keadilan pihak isteri. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher JFatwa Journal of Fatwa Management and Research en_US
dc.relation.ispartofseries Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa;Special Issue / Vol., 24/ No. 2
dc.subject Researchers en_US
dc.subject Sumbangan Simbolik Perlindungan Harta – Aset Harta Sepencarian – Undang-Undang Keluarga Islam en_US
dc.title Sumbangan Simbolik Dalam Pembahagian Aset Hartasepencarian Di Malaysia: Satu Permintaan Pasca Perceraian en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account