Harta Sepencarian Dan Warisan Dalam Konteks Strategi Model Baharu Felda: Satu Pelan Inovasi Warisan Keluarga

Show simple item record

dc.contributor.author Nur Sarah Binti Tajul Urus
dc.contributor.author Mus'ab Bin Yusof
dc.contributor.author Mafuzza Salleh
dc.contributor.author Rabi'ah Muhammad Serji
dc.contributor.author Naziree Mohd Yusof
dc.date.accessioned 2022-05-23T07:31:32Z
dc.date.available 2022-05-23T07:31:32Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.citation MyCite en_US
dc.identifier.issn 2232-1047
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28458
dc.description.abstract Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mulai berspektrum inovasi apabila Strategi Model Baharu FELDA yang melalui proses evolusi dalam kepompongnya yang tersendiri mula dilancarkan pada tahun 2020. Strategi Model Baharu ini memberi impak yang signifikan dalam usaha menentukan visi dan halatuju FELDA dalam mengubah mentaliti peneroka dan meremajakan FELDA seterusnya memacu aspek penggunaan teknologi moden, mekanisasi, automasi dan pertanian pintar secara bersepadu. Selain itu, pelaksanaan kepelbagaian tanaman di ladang seperti nanas, halia muda, kunyit hitam dan herba. FELDA merupakan ejensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan yang baru dibangun untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Fokus utama FELDA yang asal adalah pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Suami isteri peneroka FELDA berganding bahu dalam melestarikan hasrat FELDA dalam menambah pendapatan isi rumah seharian. Lazimnya, konflik muncul apabila berlaku kematian atau perceraian peneroka FELDA dan isteri atau waris yang membuat tuntutan harta. Isu tanah FELDA mula dibincangkan berdasarkan jenis hakmilik tanah dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan sekatan perundangan dalam Seksyen 14(2) Akta Tanah Berkelompok 1960. Wujud kecelaruan dalam pemahaman tanah FELDA sehingga keputusan Mahkamah Tinggi Syariah, pelaksanaan di Jabatan Tanah dan Galian serta pandangan perunding perancangan harta berkaitan kes harta sepencarian, hibah dan pusaka tersasar dari maksud sebenar. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengetahui konsep harta sepencarian dan warisan dalam isu tanah FELDA berdasarkan hukum fiqah dan peruntukan undangundang di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif di mana beberapa kes telah dipilih secara rawak dan dianalisis. Kaedah pengumpulan utama ialah sumber sekunder terdiri daripada buku dan informasi digital serta kes. Hasil analisis mendedahkan harta sepencarian dan warisan telah menjadi amalan peneroka FELDA sejak generasi kedua dan ketiga. Kajian ini mencadangkan supaya satu pelan inovasi strategik dapat diperkenalkan secara berterusan untuk memastikan hubungan silaturrahim keluarga dalam kalangan FELDA dapat dipelihara dan terhindar daripada perkelahian generasi ke generasi mendatang hanya kerana isu ini. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher JFatwa Journal of Fatwa Management and Research en_US
dc.relation.ispartofseries Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa;Special Edition / Vol., 24/ No. 2
dc.subject Researchers en_US
dc.subject Harta Sepencarian & Warisan - Strategi Model Baharu FELDA - Inovasi -Warisan Keluarga en_US
dc.title Harta Sepencarian Dan Warisan Dalam Konteks Strategi Model Baharu Felda: Satu Pelan Inovasi Warisan Keluarga en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account