Abstract:
Sikap menitikberatkan kajian-kajian kesusasteraan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan seorang pelajar khususnya pelajar universiti dalam usaha mengembangkan bakat kesenian dan meluaskan pengetahuan. Ia juga melatih pelajar memahami makna-makna tersirat dalam teks sastera dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, penyelidik-penyelidik mendapati pelajar pasca siswazah enggan menyambung pengajian mereka dalam bidang sastera Arab di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenam pasti faktor-faktor yang membawa kepada fenomena tersebut. Kajian ini berbentuk kajian lapangan. Sample kajian terdiri daripada 68 orang pelajar pasca siswazah dalam bidang bahasa Arab daripada empat buah universiti tempatan. Instrumen kajian pula terdiri daripada borang soal selidik yang telah diedarkan secara atas talian kepada sampel kajian melaui kaedah google form. Keadah analisis deskriptif telah digunakan untuk menganalisis data kajian yang telah dikumpulkan. Perisisan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) juga telah digunakan untuk mengira purata dan sisihan piawai bagi setiap item soalan dalam borang soal selidik.