Abstract:
Para Ulama Melayu Nusantara telah bergiat cergas dalam menghasilkan karya dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Bidang-bidang tersebut seperti akidah, tasawuf dan tafsir al-Quran. Salah satu karya yang ditulis dalam bidang tafsir al-Quran tersebut ialah Tafsir Nur al-Ihsan yang dihasilkan oleh Umar, M.S. Karya ini menjadi rujukan secara meluas oleh masyarakat dalam memahami isi kandungan al-Quran. Walaupun begitu, hasil tinjauan pengkaji didapati terdapat pengkaji terdahulu yang berpendapat bahawa pengarang karya ini tidak menggunakan sumber-sumber rujukan yang muktabar ketika menghuraikan fakta-fakta berkaitan al-Quran, sedangkan bacaan awal didapati pengarang sebenarnya tidak menggunakan pendapatnya sendiri ketika mentafsirkan al-Quran dalam karyanya itu, bahkan banyak karya-karya rujukan muktabar yang beliau rujuk. Oleh sebab karya ini masih dirujuk oleh masyakarat maka satu usaha pemurnian harus dilakukan.