| dc.contributor.author | Mohd Sholeh Bin Sheh Yusuff, Dr. | |
| dc.contributor.author | Muhd Thoriq Asshiddiq Che Ahmad | |
| dc.contributor.author | Abdul Hakim Mahadzir | |
| dc.contributor.author | Mat Rani Abdul Manaf | |
| dc.date.accessioned | 2022-05-19T07:00:33Z | |
| dc.date.available | 2022-05-19T07:00:33Z | |
| dc.date.issued | 2021-12-31 | |
| dc.identifier.citation | MyCite | en_US |
| dc.identifier.uri | http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28445 | |
| dc.description.abstract | Syeikh Muhammad Said bin Umar telah menulis karya berjudul Tafsir Nur al-Ihsan yang merupakan sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran. Untuk mendalami dan memahami ayat-ayat al-Quran, masyarakat telah menggunakan karya ini sebagai rujukan mereka. Namun, beberapa sarjana telah mengkritik karya Tafsir Nur al-Ihsan ini kerana mereka beranggapan bahawa Syeikh Muhammad Said semata-mata menggunakan pandangannya sendiri ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Hal seperti ini menyebabkan masyarakat menjadi keliru dengan kesahihan tafsiran yang dilakukan olehnya dalam Tafsir Nur al-Ihsan tersebut. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini tertumpu kepada mengkaji dan mengesan sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Said dalam Tafsir Nur al-Ihsan, di samping pengkaji mendedahkan bagaimana rujukan-rujukan tersebut diolah olehnya. Pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman digunakan ketika kajian ini dijalankan. Menerusi pendekatan ini, semua sumber rujukan yang pengarang gunakan daripada karya Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi didedahkan. Kajian memperlihatkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan telah mengambil empat pendekatan ketika mengolah teks dari karya yang beliau rujuk itu iaitu; teks dinukil secara tepat dan selari dari karya Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi, pengarang menukil teks secara abstrak daripada karya tersebut, pengarang menghilangkan beberapa perkataan dari teks yang dirujuk sebelum dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan, dan pengarang menambah huraian dan penjelasan terhadap teks yang dinukil. Pengkaji mendedahkan bahawa Syeikh Muhammad Said merujuk karya Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan bertujuan mengukuhkan karyanya. Oleh itu, beliau berjaya berbuat demikian disebabkan teks yang dirujuk bertepatan dengan teks dalam karyanya itu. | en_US |
| dc.language.iso | other | en_US |
| dc.publisher | Asian Scholars Network | en_US |
| dc.relation.ispartofseries | International Journal of Advanced Research in Islamic and Humanities;Vol. 3, No. 4, 21-26 | |
| dc.subject | Researchers | en_US |
| dc.subject | Tafsir Nur al-Ihsan, Mafatih al-Ghayb oleh Muhammad al-Razi, pendekatan genetik, membandingkan, sumber rujukan | en_US |
| dc.title | Sumber Karya Mafatih al-Ghayb Dalam Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Kajian | en_US |
| dc.type | Article | en_US |