Abstract:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan aplikasi Zakat on Touch di negeri Kedah, Malaysia. Kaedah kualitatif dengan mengadakan temu bual dengan pegawai Lembaga Zakat Negeri Kedah digunakan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan aplikasi ini dalam operasi kutipan dan agihan. Kajian ini memberikan bukti empirikal bahawa Matlamat Pembangunan Mampan mampu dicapai melalui penggunaan aplikasi Zakat on Touch. Kajian ini diharapkan dapat memberikan kesedaran dan galakan kepada orang ramai tentang penggunaan Zakat on Touch dan dalam masa yang sama mampu memberikan cadangan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk meningkatkan pungutan dan pengurusan zakat pada masa akan datang.