Abstract:
Pengkaji telah mendapati banyak masalah yang muncul sejak sekian lama dalam kajian ini akan tetapi ianya semakin bertambah dari semasa ke semasa muntakhir ini iaitu masalah kesukaran dalam mempelajari bahasa Arab khususnya bagi perkara yang berkait dengan ilmu-ilmu syari'ie. Perkara ini boleh dilihat melalui pelajar di negara-negara nusantara- khusunya negara Malaysia dan Indonesia, di mana mereka menghadapi kesukaran dalam mengusai pengajian akidah Islam kerana terdapat banyak institusi-institusi dan pusat yang hanya berpegang kepada aspek teori sahaja dan mengabaikan aspek praktikal. Maka adakah ini cara yang diinginkan daripada pengajian akidah, dan apakah cara yang boleh membantu pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dalam memahami asas-asas akidah dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Sasaran kajian ini bertujuan untuk mendapatkan data tentang aspek kepentingan dalam mengatasinya serta data kesukaran yang dihadapi dalam mempelajari akidah daripada pelajar-pelajar UniSHAMS. Disamping itu, untuk diagnosis permasalahan yang bergantung dengan pelajar, tenaga pengajar dan kaedah dalam subjek ini serta apakah hasil dari diagnosis ini. Setelah mendapat keputusan, tenaga pengajar dan pendidik dapat membantu dalam menawarkan penyelesaian yang jitu supaya dapat meluaskan lagi pemikiran pelajar dan menambah kepada mereka pelbagai bentuk pengajian agar pemikiran mereka dapat memahami dengan baik.