Status ‘Akad Nikah’ Terhadap Sumbangan Pemilikan Harta Sepencarian Antara Pasangan Suami Isteri Menurut Perspektif Syariah

Show simple item record

dc.contributor.author Akli Bin Ahmad, Dr.
dc.contributor.author Rohani Bin Desa
dc.date.accessioned 2022-05-17T02:52:24Z
dc.date.available 2022-05-17T02:52:24Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.citation MyCite en_US
dc.identifier.issn 2232-1047
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/28414
dc.description.abstract ‘Akad nikah’ adalah ‘kontrak syar’ie’ yang mengikat hubungan suami isteri sebagai ikatan yang melazimkan beberapa hak yang mesti ditunaikan oleh pasangan masing-masing sama ada nafkah fizikal dan batin. Hukum nafkah ini adalah wajib dilunaskan mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan oleh syara’. Namun kadar nafkah adalah berbeza antara seseorang individu dengan yang individu lain. Ia adalah berdasarkan kemampuan individu pemberi dan kedudukan individu penerima. Sesetengah kadar nafkah adalah merujuk kepada ‘urf sesuatu tempat. Nafkah yang wajib diberikan kepada pasangan adalah menjadi milik mutlak penerimanya tanpa boleh ditarik balik oleh pemberi. Manakala setiap pemberian selain daripada nafkah yang wajib adalah termasuk dalam kategori (tabarru’) atau sumbangan yang diharus atau disunnatkan. Pemberian jenis ini akan melazimkan berlakunya pindah milik jika penerima sudah menerimanya secara serah tunai (qabadh). Manakala harta sepencarian pada dasarnya ialah mana-mana harta yang dimiliki secara bersama oleh dua pihak atau lebih, dengan berkongsi modal untuk pemilikannya. Jika dirujuk kepada isu harta sepencarian yang menjadi polemik antarabangsa sama ada di mahkamah sivil atau mahkamah syariah, ia sekali lagi dikaitkan dengan konteks hubungan suami isteri yang telah diakadnikah secara sah. Adakah akad nikah yang sah menjadi satu dari sebab pemilikan atau sebaliknya? Adakah kerja isteri di rumah boleh dikira sebagai modal syarikat terhadap kerja suami? Justeru, kertas ini akan menjawab persoalan dari sudut adakah harta sepencarian itu wujud secara lazim, semata-mata kerana akad nikah yang sah, atau ia mestilah hanya melalui perkongsian suami isteri pada sesuatu harta secara usaha bersama. Namun bagi sesetengah kes tuntutan harta sepencarian di mahkamah, ada juga tuntutan yang dilakukan oleh pasangan walau pada harta yang tidak berkongsi secara bersama sama modal atau tenaga, hanya atas alasan sebagai pasangan suami isteri, atau dengan hujah membantu pasangan dari sudut kerja-kerja rumah dan sebagainya. Diharapkan kertas ini dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan kes tuntutan hak pasangan bagi harta sepencarian secara undang-undang dan syariah. Kajian ini dengan objektif kukuh iaitu supaya diberi hak kepada yang berhak dan tidak mengambil hak yang bukan hak. Ia adalah suatu keadilan yang telah ditetapkan syara’ yang mengatasi hukum adat yang disangkakan lebih adil. Namun hakikatnya ketetapan undang syara’ itu mengatasi segala ketetapan selainnya. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher JFatwa Journal of Fatwa Management and Research en_US
dc.relation.ispartofseries Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa;Special Edition / Vol., 24/ No. 2
dc.subject Researchers en_US
dc.subject Akad nikah, harta sepencarian, keadilan agihan. en_US
dc.title Status ‘Akad Nikah’ Terhadap Sumbangan Pemilikan Harta Sepencarian Antara Pasangan Suami Isteri Menurut Perspektif Syariah en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account