Abstract:
Penyelidikan yang dijalankan int ialah satu kajian untuk melihat secara mengkaji keberkesanan bacaan hafazan al-quran melalui kaedah Talaggi dan Muryafahah: kajian tertumpu kepada surah al-Syarh dan surah al-Alaq dalam kalangan murid tahap dua Sekolah Kebangsaan St Mark (M) Butterworth. Kajian ini membincangkan tentang kaedah seta kepentingan mempelajari al-Quran secara Talaqqi dan Musyafahah. la akan membicarakan sejarah dan latar belakang kaedah ini serta membincangkan teknik-tekniknya yang biasa digunakan oleh setiap peringkat individu dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran, la juga akan membicarakan mengenai hukum Talaqqi dan Musyafahah secara ringkas dan tapa panjang lebar. Seterusnya akan menghuraikan beberapa kelebihan dan kepentingan Talaqqi dan Musyafahah menurut pengalaman, pemerhatian dan pengamatan pengkali Kepentingan yang terdapat di dalamnya menuntut supaya kaedah ini dipelajari dengan mendalam oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia sejajar dengan keperluan untuk berinteraksi dengan al-Quran. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kajian lapangan bagi merungkai dan mengenalpasti keberkesanan bacaan melalui kaedah Talaqqi dan Muyafahah. Kaedah Talaqqi dan Musyafahah adalah sangat penting dalam perbacaan dan pendidikan al-Quran. la tidak boleh dipandang ringan kerana la herperanan penting dalam memastikan hak kalam Allah sentiasa tertunai dan terpelihara. Jika perkara in dipandang remeh oleh masyarakat Islam di masa kini, maka kelebihan dan keberkatan al-Quran yang menjadi mukjizat bagi Rasulullah Saw dan panduan bagi umat manusia tidak akan mengalir dalam masyarakat kita.