Abstract:
Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al- Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada bad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan dan memperlihatkan pengaruh sumber teks luar yang terdapat di dalam teks Tafsir Nur al-Ihsan. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan akan menggunakan bacaan intertekstual dengan memberi tumpuan kepadakaedah ekspansi. Dari sudut metodologi penyelidikan, kajianini berbentuk kajian keputuskaan dan jugan lapangan yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat Sembilan buah karya yang telah mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan, iaitu Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Razi dan Tafsir al-Nasafi.Dapatkan analysis juga membuktikan bahawa karya yang mendominasi Teks Tafsir Nur al-Ihsan ialah Tafir al-Jalalyn.