| dc.contributor.author | Sheh Yusuff, Mohd Sholeh | |
| dc.contributor.author | Haji-Othman, Yusuf | |
| dc.contributor.author | Abdul Manaf, Mat Rani | |
| dc.date.accessioned | 2021-10-25T08:42:14Z | |
| dc.date.available | 2021-10-25T08:42:14Z | |
| dc.date.issued | 2020 | |
| dc.identifier.citation | Pengaruh Tafsir Al- Jalalyn Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Pendekatan Genetik | en_US |
| dc.identifier.issn | 2682-8251 | |
| dc.identifier.uri | http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/27743 | |
| dc.description.abstract | Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Sa'id bin Umar. Karya ini digunakan oleh masyarakat sebagai rujukan dalam memahami isi kandungan al-Quran. Namun, pengarang tidak menyatakan sumber rujukannya dengan konvensi dalam menghasilkan karya ini. Hal yang tersebut itu telah mengelirukan masyarakat mengenai kesahihan tafsiran-tafsiran ayat alQuran yang telah dibuat olehnya. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengkaji dan mengesan teks asal yang bersumberkan daripada Tafsir al-Jalalyn yang digunakan oleh pengarang dalam menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan, di samping memperlihatkan bagaimana teks itu dipetik oleh pengarang. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan akan menggunakan pendekatan genetik yang dikembangkan oleh Goldmann dalam mengkaji teks asal tersebut. Dalam menjalankan penyelidikan ini, pengkaji merujuk teks daripada Tafsir Nur al-Ihsan dan teks Tafsir al-Jalahn, dan seterusnya membuat bandingan antara keduanya untuk mengenalpasti persamaan dan perbezaan. Dapatan analisis membuktikan bahawa Syeikh Muhammad Sa'id telah mengaplikasi lima cara ambilan teks yang dipetik daripada Tafsir al-Jalalyn ketika menghasilkan karyanya iaitu menukil teks secara sejajar, menukil teks secara abstrak, menggugurkan sebahagian kalimah yang terdapat dalam teks yang diambil daripada Tafsir al-Jalahn, menambah huraian dalam teks yang diambil dan menyanggah sebahagian teks yang dirujuk. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa tujuan Sveikh Muhammad Sa'id merujuk Tafsir al-Jalalyn ketika menghasilkan karyanya adalah untuk memperkukuhkan tafsiran-tafsiran yang telah dibuat. Oleh itu, beliau berjaya memperkukuhkan tafsiran-tafsirannya apabila teks yang ditulis sejajar dengan teks yang dirujuk. Namun, pada tempat-tempat tertentu, terdapat juga teks daripada Tafsir Nur al-Ihsan bercanggah dengan teks rujukan daripada Tafsir al-Jalalyn yang mengakibatkan tujuan pengukuhan tafsiran pada bahagian ini telah gagal | en_US |
| dc.language.iso | other | en_US |
| dc.publisher | Research Gate | en_US |
| dc.relation.ispartofseries | Jurnal Darul Quran;Vol.2, No.2,25-38 | |
| dc.subject | Pengaruh Tafsir Al- Jalalyn Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Pendekatan Genetik | en_US |
| dc.title | Pengaruh Tafsir Al- Jalalyn Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Pendekatan Genetik | en_US |
| dc.type | Article | en_US |