Abstract:
Tafsir Nul al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al-Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa'id bin Umar. Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan dan memperlihatkn pengaruh sumber teks luar yang terdapat di dalam teks Tafsir Nur al-Ihsan. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan akan menggunakan baccan intekstual dengan memberi tumpuan kepada kaedah konversi. Dari sudut metodologi penyelidikan, kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dan juga lapangan yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat enam buah karya yang telah mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan, iaitu Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi dan Tafsir al-Qurtubi. Dapatan analisis juga membuktikan bahawa karya yang mendominasi Teks Tafsir Nur al-Ihsan ialah Tafsir al-Jamal.