Analisis Kecenderungan Manhaj Akidah Shaykh Shams al-Din al-Sumatera’i

Show simple item record

dc.contributor.author Mohd Haidhar Kamarzaman
dc.contributor.author Abdull Rahman Mahmood
dc.date.accessioned 2017-06-20T04:59:31Z
dc.date.available 2017-06-20T04:59:31Z
dc.date.issued 2016-12
dc.identifier.issn 2289-6023
dc.identifier.issn 2232-1314
dc.identifier.uri http://www.ukm.my/ijit/
dc.description.abstract Abad ke-17 Masihi merupakan abad yang terpenting dalam perkembangan akidah di Aceh. Ini kerana setelah kejatuhan kerajaan Melaka pada 1511 Masihi, Aceh menjadi tempat tumpuan perkembangan dan penyebaran dakwah Islam di seluruh Nusantara dan antarabangsa sama ada melalui perdagangan mahupun melalui ulama-ulama di Aceh. Shaykh Shams al-Din alSumatera’i merupakan salah seorang tokoh ulama yang hidup sekitar abad tersebut dan merupakan mufti atau Qadi Malik al-’Adil di sepanjang tiga pemerintahan Sultan di Aceh iaitu bermula dengan Sultan Ala’ al-Din Riayat Shah (1589-1604), Sultan Muda ‘Ali Riayat Shah (1604-1607) dan juga Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607 -1636). Malahan beliau juga menjadi rujukan kepada masyarakat terhadap apa juga permasalahan (T. Iskandar 1966: 149-150). Nama penuh beliau adalah Shaykh Shams al-Din Ibn ‘Abd Allah al-Sumatera'i. Nama Shaykh Shams al-Din seringkali disandarkan dengan gelaran al-Sumatera'i sebagai nisbah beliau terhadap tanah yang pernah diduduki atau tanah kelahirannya iaitu Sumatera. Boleh juga disebut sebagai Shaykh Shams al-Din Pasai kerana Sumatera merupakan tanah yang pernah bertapak kerajaan Samudera Pasai. Para sarjana bersepakat tidak dapat menentukan tarikh kelahirannya. Menurut Van Nieuwenhuijze (1945: 15), tiada dokumen atau apa-apa bukti yang dapat menunjukkan tarikh kelahiran Shaykh Shams al-Din al-Sumatera’i. Malahan sukar untuk dianggarkan tahun kelahirannya. Ini kerana dapatan bertulis yang ditemui hanya menyebut bahawa ketika zaman pemerintahan Sultan Ala’ al-Din Riayat Shah (1589-1604) beliau sudah pun menjadi Shaykh al-Islam dalam pemerintahan Sultan Aceh. Berdasarkan kepada kitab Bustan al-Salatin (al-Raniri 1907: 126), Shaykh Shams al-Din al-Sumatera’i wafat sekitar 12 Rejab 1039 Hijrah. Pada waktu itu Sultan Iskandar Muda sedang berusaha menakluki Melaka menitahkan tenteranya untuk menyerang Melaka. Shaykh N ur al-Din al-Raniri (1907: 126-127) menggambarkan bahawa telah wafat seorang ulama yang alim dalam segala ilmu dan termasyhurnya ilmu beliau pada ilmu tasawuf dan beberapa kitab yang lain. Tidak ramai guru Shaykh Shams al-Din al-Sumatera’i yang diketahui kerana terbatasnya penemuan mengenainya. Antara guru beliau yang diketahui adalah Hamzah Fansuri dan Sunan Bonang. Menurut A. Hasjmy (1976: 10) dan Hawasy Abdullah (1980: 41 -42) Shaykh Shams alDin al-Sumatera'i adalah murid kepada Shaykh Hamzah Fansuri berdasarkan kepada dua karya Shaykh Shams al-Din al-Sumatera'i yang jelas mensyarahkan kitab karya Shaykh Hamzah Fansuri iaitu Ruba’i Hamzah Fansuri dan Syair Ikan Tongkol dengan judul Syarah Ruba’i Hamzah Fansuri dan Syarah Syair Ikan Tongkol. Manakala Winstedt (1977: 143) merekodkan bahawa, Shaykh Shams al-Din al-Sumatera'i juga pernah berguru dengan Pangeran Bonang di Pulau Jawa. Antara karya Shaykh Shams al-Din al-Sumatera'i yang telah ditemui oleh penulis yang merangkumi berbagai bidang adalah, Bayan Allah, Kashf al-Sirr al-Rububiyyah Fi Kamal al-’Ubudiyyah, A’yan Thabitah Wa A’yan Kharijiyyah, Risalah Mukhtasarah Fi Ahwal al-Mutaqaribin Ila Allah, Ma’rifat Allah, Fath al-Sirr, Bab al-Muqaranah, Risalah Jawami’ al-’Amal, Anwar alDaqa’iq, Da’irat al-Wujud, Kashf Asrar al-Wujud, Risalat Mithal al-Wujud, Kelebihan Dan Kemuliaan Insan Daripada ‘Alam Yang Lain, Risalat Masa’il Kalam al-Haqiqah, Haqiqat al-Sufi, Haqq al-Yaqin Fi‘Aqidat al-Muhaqqiqin, Mira’at al-Mukmin, Kitab ‘Aqidat al-Islam Fi Ma’rifat Tafsil al-Iman, Hifz al-Iman, Risalat Haqiqat al-Iman wa al-Islam, Jawhar al-Haqa’iq, Risalah Tubayyin Mulahazat al-Muwahhidin wa al-Mulhidin, Sharh Ruba’i Hamzah Fansuri, Tariq alSalikin Wa Sabil al-Sa’irin, dan yang terakhir adalah Sharh Syair Ikan Tongkol yang merupakan antara kitab terbesar Shaykh Shams al-Din al-Sumatera’i dalam mensyarahkan syair-syair Shaykh Hamzah Fansuri. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Dept. of Theology and Philosophy, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia en_US
dc.relation.ispartofseries International Journal of Islamic Thought;Vol. 10: (Dec.) 2016
dc.subject al-Sumatrani, Shams al-Din Pasai, theology, theological method en_US
dc.title Analisis Kecenderungan Manhaj Akidah Shaykh Shams al-Din al-Sumatera’i en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account