Tanggungjawab pemimpin dalam Al-Quran : kajian tematik dalam surah An-Naml

Show simple item record

dc.contributor.author Nur Nadiah binti Samat
dc.date.accessioned 2020-12-23T03:38:55Z
dc.date.available 2020-12-23T03:38:55Z
dc.date.issued 2018
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/16771
dc.description.abstract Tanggungjawab pemimpin merupakan satu perbahasan yang menarik untuk dilakukan kerana kepimpinan merupakan salah satu aspek yang amat dititberatkan dalam Islam. Namun, kebanyakan pemimpin zaman kini semakin rakus dalam mengejar pangkat dan harta sehingga mereka telah mengabaikan nilai-nilai Islam yang terdapat dalam Al-Qur’an. Persoalan kajian disertasi ini adalah untuk mengetahui adakah terdapat ayat yang berkisarkan tentang tanggungjawab pemimpin dalam surah An-Naml. Seterusnya adalah untuk mengetahui apakah tanggungjawab pemimpin terhadap rakyatnya. Selain itu, ia adalah untuk mengetahui bagaimana tanggungjawab pemimpin yang digambarkan dalam surah An-Naml. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengajak dan menyeru semua pemimpin di luar sana agar menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk dan panduan serta menjadikan Nabi dan Rasul sebagai contoh dan ikutan dalam mentadbir sesebuah negara. Proses penghasilan kajian ini telah melibatkan beberapa metode penyelidikan seperti metode penyelidikan perpustakaan yang membolehkan pengkaji membuat kesimpulan yang lengkap bagi kajian ini. Seterusnya, pengkaji juga menggunakan metode historis yang merupakan satu proses untuk memperolehi sumber maklumat berdasarkan sejarah-sejarah terdahulu yang lebih tepat berhubung kait dengan kisah kepimpinan yang terdapat dalam surah An-Naml. Kajian disertasi ini memberi sumbangan ilmu pengetahuan mengenai peranan dan tanggungjawab seorang pemimpin dalam mentadbir negara. Oleh itu, hasil kajian disertasi ini menjelaskan bahawa terdapat ayat-ayat mengenai tanggungjawab seorang pemimpin terhadap rakyatnya yang digambarkan dalam surah An-Naml secara lebih berfokus. Justeru, pengkaji berharap agar pengkaji akan datang menjalankan kajian lapangan terhadap tajuk sebegini supaya kajian yang dijalankan dapat dijadikan salah satu panduan dan rujukan bagi pemimpin di luar sana dalam mentadbir negara.
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Kuliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.title Tanggungjawab pemimpin dalam Al-Quran : kajian tematik dalam surah An-Naml en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account