dc.contributor.author |
Nur Asilah binti Hamzah |
|
dc.date.accessioned |
2020-12-23T03:22:51Z |
|
dc.date.available |
2020-12-23T03:22:51Z |
|
dc.date.issued |
2018 |
|
dc.identifier.uri |
http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/16770 |
|
dc.description.abstract |
Islam amat menitikberatkan umatnya supaya memahami dan mengamalkan cara kehidupan Islam dengan sempurna. Masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mempraktikkan ajaran Islam dalam likungan setempat. Hal ini kerana manusia pada masa kini sinonim dengan sifat leka dengan hal dunia sehingga tidak peka dengan keadaan sekeliling. Dalam kajian ini, pengkaji menfokuskan kepada tiga persoalan. Antaranya ialah untuk mengetahui apakah pengenalan bagi kitab Tafsir al-Azhar dan Tafsir al-Mishbah. Selain itu, untuk mengetahui apakah faktor-faktor pembentukan masyarakat Islamik yang terdapat dalam surah al-Hujurat. Dan juga untuk mengetahui adakah terdapat persamaan dan perbezaan penafsiran Tafsir al-Azhar dan Tafsir al-Mishbah dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan pembentukan masyarakat Islamik dalam surah al-Hujurat. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisa ayat-ayat dalam surah al-Hujurat yang menerangkan tentang faktor-faktor pembentukan masyarakat Islamik agar dapat diterapkan dalam diri setiap umat Islam, dan juga persamaan dan perbezaan penafsiran Tafsir al-Azhar dan Tafsir al-Mishbah dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan pembentukan masyarakat Islamik. Pengkaji menggunakan metode penyelidikan perpustakaan dan kajian komporatif untuk menyelesaikan kajian ini. Kajian ini memberi sumbangan dari segi ilmu pengetahuan mengenai faktor-faktor pembentukan masyarakat Islamik dalam surah al-Hujurat dan perbandingan penafsiran ayat-ayat surah al-Hujurat bagi Tafsir al-Azhar dan Tafsir al-Mishbah. Hasil kajian mendapati bahawa dalam ayat-ayat surah al-Hujurat terdapat beberapa akhlak mulia yang menjadi faktor-faktor pembentukan masyarakat Islamik. Manakala bagi kitab Tafsir al-Azhar dan Tafsir al-Mishbah pula, terdapat persamaan dan perbezaan penafsiran bagi kedua-dua kitab tersebut dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan pembentukan masyarakat Islamik dalam surah al-Hujurat. Akhir sekali, pengkaji berharap supaya pengkaji akan datang mengkaji berkenaan dengan surah-surah lain yang terdapat dalam Al-Quran agar ia dapat dijadikan rujukan dan panduan hidup manusia. |
|
dc.language.iso |
other |
en_US |
dc.publisher |
Kuliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah |
en_US |
dc.subject |
Theses & Dissertations |
en_US |
dc.subject |
kajian perbandingan antara tafsir Al-Azhar dan tafsir Al-Mishbah |
en_US |
dc.title |
Pembentukan masyarakat Islamik dalam surah al-Hujurat : kajian perbandingan antara tafsir al-Azhar dan tafsir al-Mishbah |
en_US |
dc.title.alternative |
kajian perbandingan antara tafsir Al-Azhar dan tafsir Al-Mishbah |
en_US |
dc.type |
Thesis |
en_US |