Metodologi dialog dalam surah al-Zukhruf : kajian tematik

Show simple item record

dc.contributor.author Nurul Sakinah binti Ahmad Mahir
dc.date.accessioned 2020-12-23T03:01:59Z
dc.date.available 2020-12-23T03:01:59Z
dc.date.issued 2018
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/16769
dc.description.abstract Dewasa ini, seantero dunia pelbagai bangsa dan agama telah menggunakan kaedah dialog untuk bertukar pandangan dan melontarkan perbezaan pendapat. Namun begitu, aktiviti dialog yang berlaku di antara manusia tidak menggunakan metodologi yang sesuai menurut ajaran Al-Quran dan sunnah. Oleh itu, kajian ini mengemukakan persoalan tentang apakah yang dimaksudkan dengan surah Al-Zukhruf dan definisi metodologi dialog secara terperinci. Seterusnya, kajian ini menyoalkan tentang bentuk-bentuk dialog serta metodologi dialog yang terkandung di dalam surah Al-Zukhruf. Kajian ini menggunakan kaedah tematik untuk membincangkan tentang metodologi dialog yang terdapat di dalam surah Al-Zukhruf. Penyelidikan yang dijalankan ini bertujuan untuk memaparkan latarbelakang surah Al-Zukhruf dan hal-hal yang berkaitan dengan surah tersebut, menjelaskan tentang konsep definisi metodologi dialog serta perkara-perkara asas yang berkaitan dengannya, menganalisa ayat-ayat di dalam surah Al-Zukhruf yang mempunyai gaya dialog dan mengenalpasti metodologi dialog yang terdapat di dalam surah Al-Zukhruf untuk diaplikasikan mengikut kesesuaian suasana dan golongan sasaran. Proses menghasilkan kajian penyelidikan ini mengguna pakai metode penyelidikan perpustakaan dan metode historis bagi mengenalpasti jenis-jenis metodologi dialog yang terdapat di dalam surah Al-Zukhruf. Kajian ini dapat memberikan pengetahuan kepada masyarakat terutamanya kepada golongan pendakwah untuk menggunakan metodologi dialog yang sesuai ketika berdakwah. Kajian ini hanya tertumpu kepada tiga jenis asas utama metodologi dialog iaitu metode hikmah, metode maw’izah hasanah, dan metode mujadalah. Hasil kajian ini menjelaskan tentang definisi surah Al-Zukhruf dan metodologi dialog dengan lebih terperinci serta memaparkan bentuk-bentuk dan metodologi dialog yang terdapat di dalam surah tersebut. Metodologi dialog ini memainkan peranan yang sangat penting untuk mendapatkan hasil yang positif dalam berdakwah. Oleh itu, setiap individu yang terlibat di dalam gerak kerja dakwah disarankan untuk mempelajari tentang metodologi dialog ini dengan lebih terperinci
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Kuliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah en_US
dc.subject Theses & Dissertations en_US
dc.subject kajian tematik en_US
dc.title Metodologi dialog dalam surah al-Zukhruf : kajian tematik en_US
dc.title.alternative kajian tematik en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account