Abstract:
Ilmu Qirâ'ât merupakan salah satu ilmu al-Quran yang amat penting selain dari bidang penafsiran dan penterjemahan al-Quran. Melalui disiplin ilmu Qirâ'ât, para sarjana dalam bidang ini telah membahaskan isu-isu utama seperti pembahagian jenis Qirâ'ât, tokoh-tokoh utama dalam ilmu ini dan pelbagai kaedah sebutan dan bacaan al-Quran. Berdasarkan kepada kepentingan mempelajari bidang ini, ilmu Qirâ'ât telah mendapat perhatian di kalangan masyarakat Islam dari seluruh dunia, tidak terkecuali di Asia Tenggara khususnya di Malaysia. Penubuhan pusat dan institusi pengajian Tahfiz dan Qirâ'ât serta permintaan yang berterusan oleh masyarakat di negara ini untuk mempelajarinya merupakan salah satu usaha yang perlu dihargai. Walau bagaimanpun, dari satu sudut yang lain, ilmu ini masih lagi dianggap satu bidang yang ekslusif dan ditawarkan kepada mereka yang mempunyai kecenderungan untuk mempelajari bidang Qirâ'ât. Kajian ini dilakukan untuk memfokuskan bagaimana cara mengetahui bacaan-bacaan para Qirâ'ât.