Penguasaan ilmu tajwid dalam kalangan pelajar universiti

Show simple item record

dc.contributor.author Qamariah binti Ibrahim
dc.date.accessioned 2020-12-20T07:16:54Z
dc.date.available 2020-12-20T07:16:54Z
dc.date.issued 2018
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/16737
dc.description.abstract Penyelidikan yang dijalankan ini ialah satu kajian yang melibatkan bidang ilmu tajwid. Ilmu tajwid merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang ilmu al-Quran yang penting. Mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah, manakala mempraktikkan bacaan bertajwid adalah fardu ain. Kewajipan membaca al-Quran bertajwid merupakan tuntutan kepada semua mukalaf. Aspek tajwid yang menjadi tumpuan kajian ialah ilmu tajwid yang berkaitan dengan hukum nun sakinah dan tanwin. Penguasaan terhadap hukum nun sakinah dan tanwin sangat dititikberatkan kerana ianya merupakan sebahagian daripada asas ilmu tajwid. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap penguasaan ilmu tajwid pelajar-pelajar Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS). Seramai 50 orang responden telah terlibat dalam menjayakan kajian ini. Data kajian dikutip daripada satu set soal selidik yang melibatkan latar belakang responden dan soalan ujian teori. Keseluruhan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini mencapai objektif yang ditetapkan oleh pengkaji iaitu untuk mengkaji penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin responden. Hasil analisis data menunjukkan tahap penguasaan responden pada tahap sederhana. Oleh itu diharapkan agar pelajar-pelajar Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif diberikan pendedahan yang lebih mendalam berkaitan hukum tajwid demi meningkatkan mutu bacaan al-Quran mereka.
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Kuliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah en_US
dc.subject Penguasaan ilmu tajwid dalam kalangan pelajar universiti en_US
dc.subject satu kajian di Kuliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kuala Ketil, Kedah en_US
dc.title Penguasaan ilmu tajwid dalam kalangan pelajar universiti en_US
dc.title.alternative satu kajian di Kuliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kuala Ketil, Kedah en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account