Abstract:
Konsep takaful secara amnya adalah sumbangan atau caruman sejumlah wang ke dalam sebuah dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’). Takaful juga bertujuan untuk memberi jaminan dan perlindungan keatas pencarum atau penama pencarum sekiranya berlaku sebarang keilatan atau musibah sehingga meragut nyawa atau keupayaan secara kekal keatas peserta agar kesinambungan hidup keatas diri dan keluarga dapat di teruskan. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah berkata “Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan”. Konsep perlindungan yang di lakukan secara berkelompok ini dilihat bertepatan dengan saranan Rasulullah agar setiap manusia menjamin antara satu dengan lain. Oleh itu kajian akan membahaskan mengenai plan perlindungan takaful yang di tawarkan di Malaysia dan melihat kesannya keatas pencarum dan keluarga apabila mendapat perlindungan yang di tawarkan. Selain itu kajian ingin mengenegahkan konsep hifz al-mal dalam pelindungan takaful melalui perbahasan maqasid syariah yang mengariskan matlamat pengajaan keatas nyawa dan kepentingan memiliki dan memelihara harta dalam meneruskan kehidupan.