Abstract:
Kertas kerja ini bertujuan melihat agihan zakat dalam bentuk pembiayaan mikro kredit daripada dana zakat melalui akad mudarabah terhadap usahawan asnaf. Keperluan usahawan asnaf memerlukan modal tambahan bagi mengembangkan perniagaan. Namun, berhadapan masalah mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan semasa. Oleh itu, kaedah agihan zakat dalam bentuk pembiayaan mikro melalui akad Qardu Hassan dapat memudahkan pembiayaan dilaksanakan. Persoalannya, apakah usahawan asnaf menerima kaedah pembiayaan melalui kontrak Qardu Hassan? Bagaimanakah mekanisme pembiayaan mikro melalui akad mudarabah dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan perniagaan usahawan asnaf dan bebas daripada unsur-unsur riba. Data dipungut daripada informan melalui temubual separa struktur terhadap pengamal zakat dan usahawan asnaf. Data tersebut dianalisis secara analisis kandungan.Dapatan daripada kajian ini menunjukkan pembiayaan mikro melalui kontrak mudarabah dapat mengatasi masalah sumber kewangan para usahawan asnaf dan mengembangkan perniagaan sehingga menjadi pengeluar zakat.