Abstract:
Sektor yang begitu signifikan terhadap wakaf telah menjadi salah satu bahagian yang penting didalam mendasari sektor umum dari sudut kemasyarakatan dalam teori sistem ekonomi Islam. Peranan wakaf juga bertindak sebagai alat jaminan keselamatan sosioekonomi melalui agihan dan perkongsian manfaat kepada golongan yang memerlukan terutamnya golongan fakir dan miskin yang mana peranan ini juga yang dimainkan oleh institusi zakat. Sejarah juga telah membuktikan bahawa sistem pembangunan wakaf turut memberikan kesan yang positif terhadap pembangunan sosioekonomi umat Islam. Kebanyakan kesan positif ini memberikan impak yang besar dari sudut aspek peribadatan, pendidikan, kesihatan dan penyediaan infrastruktur asas seperti jalan raya, terusan air, jambatan rumah anak yatim, rumah perlindungan dan bekalan makanan kepada golongan sasar hasil daripada penggemblengan aset wakaf secara efisyen tanpa melibatkan sebarang kos daripada kerajaan. Dalam masa yang sama kesedaran mengenai keberhasilan wakaf terhadap masyarakat tempatan juga perlu terhadap penyediaan institusi pendidikan tinggi melalui konsep yang sama kerana ia juga telah diperkembangkan oleh masyarakat barat dan ia dikenali sebagai “endowment”.