Penterjemahan Buku Agama Berbahasa Arab Di Indonesia Dan Malaysia: Kajian Perbandingan

Show simple item record

dc.contributor.author Ummu Hani binti Abas, Dr.
dc.contributor.author Mohd Azizul Rahman bin Zabidin
dc.contributor.author Abdul Ghani bin Md Din, Dr.
dc.date.accessioned 2020-07-30T02:41:25Z
dc.date.available 2020-07-30T02:41:25Z
dc.date.issued 2020-06
dc.identifier.issn 2180-006
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/13627
dc.description.abstract Kerancakan kegiatan terjemahan buku-buku agama berbahasa Arab di Indonesia dilihat amat ketara berbanding di Malaysia yang hanya mencatat bilangan yang amat sedikit. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah motivasi atau motif yang mendorong kerancakan kegiatan terjemahan terhadap buku-buku agama berbahasa Arab di Indonesia dan apakah faktor yang menyumbang kepada kelambatan terjemahan buku berbahasa Arab di Malaysia. Berdasarkan penelitian yang dibuat, banyak kajian dalam bidang terjemahan melibatkan penterjemahan dari bahasa asing ke bahasa Melayu seperti bahasa Thai-Melayu, Cina-Melayu dan Perancis-Melayu. Manakala kajian terjemahan dari bahasa Arab ke bahasa melayu amat sedikit. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen, artikel-artikel dan kajian-kajian tentang terjemahan buku berbahasa Arab di Indonesia dan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa motif ideologi dan pendidikan menjadi faktor utama kepada penterjemah di Indonesia untuk terus-menerus melakukan aktiviti terjemahan. Selain itu, motif ekonomi juga turut mendorong penterjemah dan penerbit rancak menterjemahkan dan menerbitkan buku-buku agama.Walau bagaimanapun, di Malaysia terdapat beberapa cabaran dan kekangan yang menyebabkan kelewatan aktiviti terjemahan dan penerbitan buku-buku agama seperti adanya proses penapisan dan kawalan yang ketat terhadap penerbitkan buku-buku berbentuk fahaman dan idealogi agama. Selain itu didapati bahawa kegiatan penerbitan lebih tertumpu terhadap hasil penulisan jurnal ilmiah dalam institusi pendidikan berbanding terjemahan buku-buku sehingga menyebabkan aktiviti terjemahan menjadi agak perlahan. Di samping itu berlakunya pengurangan dana danstrategi pemasaran yang lemah turut memberi kesan kepada industri buku negara. Namun begitu, aktiviti terjemahan buku-buku agama tidak harus dipandang sepi.Perhatian serius pelbagai pihak perlu untuk menanggani masalah-masalah tersebut bagi memastikan karya-karya ulung dunia mampu diterjemahkan dengan baik dan menarik lebih ramai penggiat karya terjemahan menceburi bidang ini. en_US
dc.publisher Kulliyyah Bahasa Arab, UniSHAMS. en_US
dc.subject Penterjemahan, buku agama berbahasa Arab, Indonesia, Malaysia en_US
dc.title Penterjemahan Buku Agama Berbahasa Arab Di Indonesia Dan Malaysia: Kajian Perbandingan en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account