Penerokaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kursus Kokurikulum

Show simple item record

dc.contributor.author Anas Suzastri Ahmad
dc.contributor.author Hadijah Johari
dc.contributor.author 'Adlina Abdul Khalil
dc.contributor.author Sharifah Azizah Syed Sahil
dc.date.accessioned 2019-05-12T08:42:39Z
dc.date.available 2019-05-12T08:42:39Z
dc.date.issued 2016-04
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/11985
dc.description.abstract Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap dan perbezaan kemahiran insaniah dari segi faktor komunikasi, kerja berkumpulan, etika dan moral dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum di sebuah IPT berteraskan Islam. Kajian ini merupakan kelangsungan permasalahan dan isu pengangguran, persaingan dan kebolehpasaran lepasan siswazah. Kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 26 item dari empat konstruk kemahiran insaniah. Kajian rintis menggunapakai 30 orang pelajar menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah pada tahap α = 0.89. Sampel kajian terdiri daripada 166 orang pelajar ijazah sarjana muda yang mengikuti kursus kokurikulum yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif (min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan) dan inferensi (analisis ANOVA Satu-Hala) dengan menggunakan aplikasi SPSS v22. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran insaniah pelajar kursus kokurikulum secara keseluruhannya tinggi dengan kemahiran etika dan moral merupakan faktor paling dominan, manakala min kursus kokurikulum paling tinggi dari unit kesenian islam iaitu kursus Marhaban. Dapatan analisis ANOVA Satu Hala menunjukkan bahawa secara statistiknya tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan gender dan kursus kokurikulum. Pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum di IPT berteraskan islam telah melalui penerapan nilai-nilai KI yang diperlukan berdasarkan konstruk yang dinilai. Katakunci: Kemahiran insaniah, kokurikulum en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. en_US
dc.subject Researchers
dc.title Penerokaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kursus Kokurikulum en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account