Abstract:
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan asnaf miskin terutamanya bantuan perniagaan yang dinamakan Skim bantuan Jayadiri bertujuan memberikan bantuan modal kepada perniagaan kecil-kecilan mereka. Melalui bantuan ini
diharapkan golongan asnaf miskin berupaya menjalankan kegiatan perniagaan untuk menyara kehidupan mereka dan sekaligus mampu menjana sumber pendapatan yang stabil serta mampu mengubah taraf asnaf kepada pembayar zakat. Justeru, artikel konseptual ini akan mengkaji peranan dan keberkesanan skim Jayadiri dari sudut ekonomi. Kajian ini memilih Negeri Kedah Darul Aman untuk menganalisis keberkesanan program Jayadiri, yang merupakan salah satu program yang dimulakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Dua kaedah akan digunakan untuk tujuan analisis dan mengukur objektif soalan kajian iaitu ANCOVA dan kadar nisab. Di samping itu, faktorfaktor lain juga dikaji yang boleh memberi kesan kepada perubahan pendapatan penerima zakat seperti keadaan kesihatan, taraf pendidikan, umur, lokasi, sikap dan pemantauan. Akhir sekali kajian juga akan menjurus kepada kemampanan program Jayadiri melalui dua keadaan yang berbeza; peralatan dan keadaan hidup penerima zakat.