Memperkasa Institusi Pendidikan Melalui Agihan Balik Zakat

Show simple item record

dc.contributor.author Yusuf bin Haji Othman, Dr.
dc.contributor.author Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti, Prof. Dr.
dc.date.accessioned 2019-04-16T12:32:45Z
dc.date.available 2019-04-16T12:32:45Z
dc.date.issued 2018-12
dc.identifier.citation Muamalat & Management Sciences en_US
dc.identifier.issn 26009153
dc.identifier.uri http://unisep.lib.unishams.edu.my/xmlui/handle/123456789/11894
dc.description.abstract Zakat merupakan sebahagian daripada kewangan Islam. Zakat adalah kewajipan agama yang diwajibkan kepada umat Islam yang memenuhi syaratnya. Kewajipan ini berlandaskan kepada al-Qur'an, hadith dan ijma'. Bayaran balik agihan zakat oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kepada institusi pendidikan diharapkan dapat memberi impak yang positif kepada kutipan zakat pendapatan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Disamping itu, bayaran balik agihan zakat ini diharapkan akan dapat membantu memperkasa institusi-institusi pendidikan yang terlibat. Skim bayaran balik agihan zakat ini merupakan langkah yang bestari yang merupakan situasi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Pihak LZNK mendapat manfaat daripada skim ini apabila skim ini akan berjaya meningkatkan keyakinan pembayar zakat pendapatan dari warga pendidik terhadapagihan zakat oleh LZNK yang seterusnya akan dapat membantu meningkatkan hasil kutipan zakat pendapatan oleh LZNK pada masa hadapan. Manakala institusi pendidikan pula akan memperoleh manfaat apabila agihan balik ini dimanfaatkan untuk mencapai sebahagian daripada objektif JPN disamping dapat membantu secara langsung warga pendidik yang dikategorikan sebagai asnaf. Walau bagaimanapun, agihan dan perbelanjaan yang dilaksanakan oleh institusi-institusipendidikan perlu mengikut mekasnisma tertentu dan perlu dipantau dan diaudit dari semasa ke semasa untuk menjamin bahawa agihan dan perbelanjaan tersebut memberikan impak yang maksima dalam memperkasa institusi-institusi pendidikan dan memberi keyakinan kepada pembayar cukai bahawa cukai yang mereka sumbangkan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) diagih dan dibelanjakan secara efisien. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Kulliyyah of Muamalat & Management Sciences, UniSHAMS. en_US
dc.relation.ispartofseries The International Journal of Muamalat;Vol. 2, No.1, Disember 2018
dc.subject Memperkasa, Institusi pendidikan, Agihan balik, Zakat. en_US
dc.subject Penerbit UniSHAMS
dc.title Memperkasa Institusi Pendidikan Melalui Agihan Balik Zakat en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search UniSep


Advanced Search

Browse

My Account