Abstract:
Guru adalah aset yang penting bagi memastikan sesebuah sekolah mampu untuk berdaya saing dan mencapai visi dan misi yang ingin dicapai. Kualiti kerja dan kehidupan yang baik dikalangan para guru akan memberikan kebaikan secara langsung kepada sekolah dan juga kepada guru itu sendiri. Namun, konflik antara kerja dan kehidupan akan memberikan kesan secara langsung kepada prestasi kerja dan juga kesihatan mental serta fizikal yang mana memberikan kesan negatif kepada tanggungjawab kerja dan tanggungjawab peribadi. Peranan yang dimainkan oleh
pengetua adalah penting dalam memastikan tuntutan kerja dan keperluan peribadi dapat dipenuhi, dengan konflik yang seminimum mungkin di antara kerja dan kehidupan peribadi. Pengetua berperanan dalam memberikan sokongan secara langsung kepada para guru bagi memastikan konflik antara kerja dan hal peribadi dapat diuruskan dengan baik bagi mewujudkan kesejahteraan kehidupan para guru. Kertas cadangan konsep ini kemudiannya akan diikuti oleh satu ujian empirikal di lapangan bagi menentukan perhubungan dan pengaruh gaya kepemimpinan transformasi pengetua ke atas keseimbangan kerja dan kehidupan guru-guru.