Abstract:
Terdapat keraguan di kalangan rakyat Malaysia dalam menggunakan perkataan aqidah untuk agama-agama lain selain agama Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah istilah aqidah boleh digunakan untuk menyatakan keyakinan dan pegangan terhadap sesuatu agama selain Islam. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan menganalisis terminologi aqidah berdasarkan kamus-kamus bahasa dan buku-buku aqidah. Dapatan kajian menunjukkan perkataan aqidah boleh digunakan untuk sesuatu pegangan agama selain Islam kerana ia membawa maksud yang umum.