Abstract:
Kata ganti nama memainkan peranan yang penting di dalam Bahasa arab. Ia digunakan secara meluas dan boleh memberi berbagai-bagai makna. Tentunya di kalangan pelajar yang mempelajari Bahasa arab, penggunaan kata ganti nama menjadi satu keperluan yang amat penting dalam silibus pembelajaran mereka. Kata ganti nama Bahasa arab sudah diajar dan diperkenalkan kepada pelajar sejak awal lagi dan ini menunjukkan betapa pentingnya ia khususnya dalam pembelajaran Bahasa arab. Ini disebabkan kerana ia merupakan elemen penting dalam konteks pembinaan ayat.
Kajian tentang aspek kata ganti nama telah dilakukan sejak dahulu lagi, tetapi penekanan terhadap aspek penggunaan di dalam pembinaan ayat Bahasa arab masih belum meluas dan tahap penguasaannya di kalangan pelajar masih kurang. Oleh itu, pengkaji berpendapat perlunya ada satu kajian khusus dalam perkara ini, agar sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada peningkatan penguasaan para pelajar khususnya bagi bukan penutur jati Bahasa Arab.