Nur Hidayu binti Jaafar
Analisis Psikometrik Skala Grit-S Versi Bahasa Malaysia (Psychometeric Properties of the Malay Language Version of Grit-S Scale)
Sharifah Azizah Syed Sahil, Prof. Dr.; Haslinawati Hassan; Nur Hidayu Jaafar
Kajian  terdahulu  telah  mengaitkan  Grit  iaitu  ketekunan  dan  minat  untuk  jangka  masa  panjang,  sebagai  peramal kepada pencapaian. Skala Grit-S telah dibangunkan untuk mengukur ciri-ciri Grit, namun, skala  ini tiada dalam versi Bahasa Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menilai ciri-ciri psikometrik Skala Grit-S versi Bahasa Malaysia  yang terdiri daripada  lapan item.  Seramai 180 orang  mahasiswa IPT telah  terlibat dalam kajian ini. Kebolehpercayaan instrumen dinilai melalui Cronbach’s Alpha, manakala kedua-dua analisis faktor penerokaan  dan pengesahan  telah  dijalankan bagi  mengenal  pasti struktur  dalaman  skala Grit-S.  Analisis korelasi  pula  dibuat  untuk  mengukur  sejauh  manakah  kesahan  diskriminan  skala  ini  dengan  skala  lain. Dapatan menunjukkan skala ini memenuhi ciri-ciri psikometrik yang baik. Ujian kebolehpercayaan instrumen menunjukkan indeks yang boleh diterima manakala analisis pengesahan faktor menunjukkan model satu jenjang yang mengandungi dua faktor (seperti yang dihipotesiskan) mempamerkan kesepadanan yang baik berbanding model  yang  lain.  Kesahan  diskriminan mendapati  korelasi  negatif antara  Grit  dengan  skala Prokrastinasi sekaligus menghala kepada kajian yang lebih komprehensif antara kedua-dua variabel dengan mengguna pakai sampel daripada IPT dan sekolah. Kesimpulannya, kebolehgunaan skala Grit S versi bahasa Melayu ini telah dibuktikan. Implikasinya, lebih  banyak kajian  boleh dijalankan dengan mengguna pakai  skala ini khususnya dalam konteks pendidikan di Malaysia.